Buletin

NISSAN ARMADA NISMO – SUV KELUARGA YANG RUGGED DAN LAJU

Nissan Armada ini barangkali lebih dikenali sebagai sebuah model SUV bersaiz besar yang cukup sesuai untuk membawa sebuah keluarga yang mungkin biasa – biasa. Tetapi apabila Nissan Armada ini diberikan lencana Nismo, pasti ianya tidak lagi menjadi SUV yang biasa – biasa.

Ternyata pengenalan model Nismo yang pertama kali diberikan terhadap Nissan Armada ini yang menggabungkan pengalaman lebih 40 tahun Nismo untuk menyuntik lebih banyak gaya unik serta penambahbaikan pengendalian kepada SUV bersaiz penuh untuk memberikan pengalaman pemanduan harian yang mengujakan.

Nissan Armada Nismo ini tidak hanya menerima manfaat daripada pengubahsuaian dari segi kosmetik untuk tampil sebagai model Nismo tetapi juga sebenarnya ianya turut berfungsi dari segi aerodinamik sekali gus memberikan prestasi yang lebih baik meliputi fascia bahagian hadapan dan belakang, gril, pemijak sisi dan juga spoiler yang direka khusus oleh Nismo sendiri.

Malah bahagian ruangan fender turut dikembangkan sedikit agar tampil lebih garang dan rugged dengan terdapat rekaan lampu kabus LED di bahagin bawah bampar hadapan. Melengkapkan rupa garang bahagian luaran Nissan Armada Nismo ini adalah padanan roda aloi bersaiz 22 inci serta terdapat aksen berwarna merah pada bahagian tertentu di bahagian luar dan juga dalaman.

Dengan kit badan keseluruhan ini telah memberikan rupa bahawa Nissan Armada Nismo ini lebih rendah berbanding varian standard.

Trenkuasa model ini masih lagi menggunakan enjin V6 3.5 liter, sama seperti varian standard Nissan Armada yang sepatutnya menghasilkan output maksimum 425 HP akan tetapi Nissan telah berjaya mengekstrak kuasa tambahan menjadikannya 460 HP hasil daripada enjin yang telah ditala semula dan semakan semula terhadap kelegaan injap. Enjin yang sememangnya sudah cukup berkuasa ini mempunyai keupayaan menunda sehingga 8,500 pound.

Nissan juga telah membuat penalaan semula terhadap sistem suspensi dan juga stereng untuk memberikan pemanduan yang lebih jitu. Sistem audio premium daripada Klipsch dengan dilengkapi 12 pembesar suara akan memastikan penumpang menikmati kualiti audio yang paling sedap didengar.

Ianya juga kini dilengkapi dengan sistem ProPILOT Assist 2.1 bagi membolehkan pemanduan yang lebih mudah dan selesa sewaktu di lebuhraya. Walau pun tiada harga yang dimaklumkan, namun boleh dijangka harganya pasti akan lebih mahal sedikit berbanding varian standard Nissan Armada ini.

BACA : NISSAN ARMADA SERBA BAHARU – LEBIH BESAR DAN LEBIH EKSKLUSIF

BACA : NISSAN ARMADA 2021 – SUV BERSAIZ PENUH YANG SESUAI UNTUK AHLI GUSTI

Google ads

B K

Back to top button