Buletin

PENUMPANG PANASKAN PIZZA GUNA LAMPU LED KABIN PESAWAT

Seorang penumpang sebuah pesawat penerbangan komersial mendapat perhatian netizen apabila gelagatnya memanaskan sekeping pizza menggunakan lampu LED dikesan. 

Sedia maklum bahawa penumpang bergantung kepada hidangan yang disediakan di dalam pesawat untuk mengalas perut, terutama jika terpaksa melalui penerbangan yang panjang. 

Tetapi, lelaki itu nampaknya telah menyeludup masuk pizza untuk dinikmati dalam perjalanan. Dah nama pun pizza, mana sedap kalau dimakan ketika sejuk.  

Menurut laporan Mirror UK, gelegat itu dirakam oleh seorang penumpang lain di barisan belakang sebelum dikongsi di media sosial, Passenger Shaming Instagram dengan penerangan ringkas “Cuma panaskan sisa makanan.”

Foto yang kabur itu kemudian menerima lebih 8,300 tanda suka dan netizen memberi pelbagai komen tentang teknik masakan lelaki berkenaan.

“Anda tidak boleh bantu kebodohan,” kata seorang warganet. Seorang lagi menulis: “Itu lampu LED. Ia tidak mengeluarkan haba.” 

Bagaimanapun, seorang warganet tidak menolak kemungkinan kaedah itu berkesan berdasarkan pengalaman peribadinya. “Tangan saya pernah melecur selepas menyentuh lampu berkenaan,” katanya. – Mirror UK

Google ads
Back to top button