Artikel Pilihan

BATMAN PUN DAH TUKAR KERETA – INILAH BATMOBILE TERBARU

Batmobile, kereta rasmi Batman merupakan kereta adiwira paling ikonik di layar perak. Memang betul ada watak adiwira lain yang turut menggunakan kereta tapi tidak ada yang mempunyai kereta seunik Batmobile.

Ironman? Dia mana ada kereta rasmi. Yang ada cuma kereta-kereta mewah yang boleh dibeli oleh sesiapa sahaja janji ada duit. Green Hornet? Itu adiwira gred C yang satu ketika dahulu tak ada orang minat pun. Ini Batman, adiwira gred A yang setanding dengan Superman, Spiderman dan Usop Sontorian (korang kenal ke?).

Balik kepada Batmobile terbaharu. Kereta ikonik ini bakal muncul dalam filem terbaru Batman yang dinamakan ‘The Batman’, ringkas je tajuknya bukan? Kalau sebelum ni Batman menggunakan kereta perisai yang dinamakan Tumbler, kini ia kembali kepada norma asal Batman cuma kali ini ia dalam bentuk muscle car. Pengaruh Vin Diesel ni kot?

Model baru Batmobile ini didedahkan oleh Jeff Frost, artis model konsep untuk file mini. Rekaannya jelas mempunyai pengaruh muscle car klasik 60-an seperti Ford Mustang, Dodge Charger dan Chevrolet Camaro.

Ia mungkin kelihatan kurang ganas berbanding Tumbler tetapi elemen adiwira masih jelas kelihatan pada kereta ini dengan trek yang lebar, tayar besar, gril dengan iluminasi berwarna merah, ekzos sisi dan bumper depan berperisai yang mampu menghentam apa sahaja halangan.

Enjin di bahagian belakang yang terdedah dan elemen muscle car memang membuatkan ia seolah-olah dipinjam dari filem Fast and Furious, tapi pedulikan semua itu kerana ia memang mempunyai tarikannya yang tersendiri.

Rekaan yang diasaskan daripada kereta biasa memang sinonim dengan komik asal Batman dan siri TV sekitar tahun 60-an dahulu. Masa tu Batman mana pernah bawa kereta perisai ke hulu ke hilir.

Filem terbaharu Batman ini akan menampilkan Robert Pattinson sebagai Batman baharu menggantikan Ben Affleck. Alamak, mamat vampire muka pucat tu ke? Dah tak ada orang lain ke? Lantak diorang la nak pilih siapa pun. Kami cuma nak tengok Batmobile baharu ni beraksi je.

Tags
Google ads
Back to top button