Artikel PilihanBuletin

KENDERAAN AUTOMATIK PENGHANTAR PIZZA PERTAMA DI DUNIA – TERIMA KASIH ROBOT

Pernah pesan pizza kemudian kau masak megi dah siap makan, layan surya 2 batang dia baru sampai? Mimpi ngeri kan? Janji sampai dalam

45 minit, tapi dari waktu panggilan telefon sampai sekarang tak sampai-sampai lagi. Saya sendiri pun pernah tunggu pizza sampai 3 jam. Bila si penghantar sampai, kami dah berada 10 kilometer dari rumah makan tomyam.

Kini masalah hampir selesai di mana mesin penghantara pizza automatik telah direka. Syarikat Pizza Domino telah mencipta apa yang mereka panggil Dubbed Domino’s Robotic Unit atau DRU. Penyelidikan kenderaan ini telah dimulakan pada tahun lalu dengan kerjasama kontraktor ketenteraan bernama Marathon.

robot domino (4)

Beberapa rekabentuk telah direka dan dicadangkan dan akhirnya model kompak empat roda ini dirasmikan awal bulan lalu. Ia mampu bergerak dengan deria seakan manusia, mengelak halangan dan dalam sesi percubaan yang dilakukan, kenderaan berautomasi ini berjaya menghantar set pizza yang dipesan ke rumah pelanggan.

Walaupun ramai yang menganggap berita ini adalah hype semata-mata, pihak Domino sebenarnya sangat serius untuk menjadikan robot ini satu kenyataan. Mereka sedang berbincang dengan pihak berkuasa di New Zealand untuk mengadakan ujian pada skala lebih besar. Antara yang cuba ditingkatkan ialah tahap efisien dan kelajuan yang boleh dicapai bagi memastikan makanan segera sampai kepada pelangggan.

robot domino (1)

Kalau di negara-negara aman damai macam Jepun dan SIngapura rasanya tak jadi masalah, tapi kalau dibuat negara yang acah-acah nak maju rasanya pizza pun tak sempat sampai ke rumah. Kena rembat tengah jalan, itu tak apa lagi, kena culik dek budak-budak nakal di bawak balik robot ni.

Lagi satu, kosnya dah tentulah mahal nak bina sebuah robot ni dan kawasan yang boleh dilaluinya sangat terhad. Bayangkan kalau kelajuan pun 10km/j macam ni, pizza sampai 3 jam kot. Bukan pizza dah, sampai nanti dah rupa roti telur bawang.

 

Nah. tengok video ni.

 

 

 

 

 

Google ads
Back to top button