Buletin

PERCAYAKAN AUTO PILOT, LELAKI MAUT KERETA REMPUH PENGHADANG JALAN

Seorang lelaki di China maut selepas dipercayai terlalu bergantung kepada sistem pemanduan separa automatik (auto pilot) keretanya ketika menggunakan telefon semasa memandu. 

Menurut laporan, mangsa dipercayai mengaktifkan mod pemanduan automatik sebelum memilih untuk tidak campur tangan dalam kawalan kenderaan.

Sebaliknya, dia dilihat menumpukan perhatian kepada telefonnya berbanding keadaan jalan raya.

Akibatnya, kenderaan berkenaan melanggar penghadang jalan pada kelajuan tinggi, kira-kira 121 kilometer (km), mengakibatkan pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua penumpang lain dilaporkan mengalami kecederaan parah. 

Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut dan menegaskan semula amaran bahaya memandu secara leka termasuk ketika menggunakan sistem pemanduan automatik.

Menurut kenyataan rasmi, teknologi bantuan pemanduan hanya berfungsi sebagai sokongan kepada pemandu dan bukan sepenuhnya menggantikan tanggungjawab manusia di belakang stereng.  

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada 16 Oktober lalu, namun hubungan antara pemandu dengan dua penumpang lain masih belum dapat dipastikan sama ada sekeluarga ataupun sekadar kenalan. — Majoriti

Google ads
Back to top button