Buletin

HRC FORMULA R DARI HRC US, MINYAK ENJIN 0W-16, 5W-20, 10W-30 DAN PELBAGAI LAGI!

Honda Racing Corporation USA (HRC US), iaitu sayap perlumbaan Amerika Utara untuk jenama Honda dan Acura, memperkenalkan minyak enjin Formula R.

Siri minyak enjin pengguna pertama HRC US ini direka untuk membawa teknologi yang terbukti di litar lumba terus ke jalan raya.

Produk sulung Formula R akan diperkenalkan secara rasmi di Pameran SEMA 2025 dan mula tersedia untuk pembelian pada musim bunga (Mac hingga Mei) 2026 di semua pengedar Honda dan Acura di Amerika Syarikat.

Dibangunkan dengan Kerjasama Phillips 66

Minyak motor sintetik penuh HRC Formula R dibangunkan sebagai produk premium melalui kerjasama rapat dengan Phillips 66.

Phillips 66 merupakan rakan kongsi Honda dan Acura yang dipercayai selama lebih 15 tahun, selain menjadi penaja dan pembekal pelincir rasmi untuk kereta lumba Acura ARX-06.

Spesifikasi dan Faedah Produk

Formula R direka bentuk di bawah keadaan yang ekstrem dan membawa DNA inovasi sukan permotoran dalam setiap botol.

Ciri-ciri utama termasuk:

  • Kestabilan terma
  • Perlindungan haus
  • Prestasi enjin pengecas turbo yang vemerlang

Minyak HRC Formula R juga disahkan oleh American Honda, memastikan ia serasi sepenuhnya dengan program servis Honda dan Acura. Produk ini juga memenuhi atau melebihi piawaian API SP dan GF-7A.

Minyak sintetik penuh ini akan ditawarkan dalam enam gred kelikatan yang berbeza untuk memenuhi pelbagai keperluan pemanduan, iaitu:

  • 0W-16
  • 0W-20
  • 0W-40
  • 5W-20
  • 5W-30
  • 10W-30

Rumusan Kereta Lumba

Menariknya, gred kelikatan 0W-40 menggunakan rumusan yang sama dengan minyak yang digunakan dalam kereta lumba IMSA Civic Type R TCR yang memenangi kejuaraan.

Minyak enjin Formula R disyorkan untuk model berprestasi tinggi seperti Civic Type R dan Integra Type S.

Google ads
Back to top button