
HONDA 0 α TAMPIL DI JAPAN MOBILITY SHOW 2025, BAKAL MASUK PASARAN 2027
Honda Motor Co., Ltd. telah mendedahkan sebuah prototaip baharu, iaitu Honda 0 α (Alpha) di pentas Japan Mobility Show 2025, menandakan satu lagi langkah besar dalam evolusi barisan Honda 0 Series.
Dibangunkan sebagai sebuah SUV elektrik generasi baharu, Honda 0 α direka untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai persekitaran, sama ada di tengah kota moden mahupun di jalanan semula jadi.
Selepas kemunculan Honda 0 Saloon dan Honda 0 SUV di CES 2025 awal tahun ini, model baharu ini bakal menjadi “gateway model” kepada dunia Honda 0 Series, menampilkan rekaan elegan dan kabin luas yang menekankan keselesaan penumpang.
Honda menyifatkan pembangunan model ini sebagai jelmaan sebenar falsafah “Thin, Light, and Wise”, tiga prinsip utama yang mendefinisikan pendekatan baharu syarikat terhadap mobiliti elektrik.

Melalui konsep “Thin”, rekaan badan yang lebih rendah berjaya dicapai tanpa menjejaskan jarak kelegaan tanah, membolehkan bentuk SUV yang aerodinamik namun tetap lapang di dalam.
Lebar tapak roda pula memberikan penampilan yang stabil dan berkarakter dinamik, sesuai dengan identiti SUV moden.
Dari segi rekaan luaran, Honda 0 α mengekalkan gaya minimalis dan sofistikated tipikal Honda 0 Series.
Bahagian hadapan menampilkan “screen area” yang menggabungkan beberapa komponen seperti lampu utama, penutup pengecasan, dan logo bercahaya dalam satu unit rekaan bersepadu.
Bahagian belakang pula memaparkan pencahayaan berbentuk-U yang menggabungkan lampu belakang, lampu undur dan lampu isyarat membelok, sekaligus menonjolkan bentuk belakang yang kemas dan futuristik.
Versi produksi Honda 0 α dijadualkan memasuki pasaran global mulai 2027, dengan Jepun dan India sebagai pasaran utama peringkat awal.
Dengan pendekatan reka bentuk inovatif dan teknologi pintar, Honda jelas sedang mengorak langkah serius dalam memperkukuh posisi jenama itu di era kenderaan elektrik.
- BACA: iCAUR V23 DIPERKENALKAN – DUA VARIAN, JARAK GERAK HINGGA 501KM, ANGGARAN HARGA BERMULA RM145K
- BACA: KAWASAKI Z900 RS SE 2026 DIUMUMKAN – DENGAN QUICKSHIFTER, CRUISE CONTROL
- BACA: MOTUL MALAYSIA LANCAR GP NEXT 4T BAHARU SEMPENA MOTOGP MALAYSIA 2025
- BACA: HONDA SUPER-ONE PROTOTYPE, BAKAL LANCAR DI JEPUN, UK DAN ASIA!



