Buletin

PERLUMBAAN MIRC – RALLY OF PONTIAN HUJUNG MINGGU INI

Akhirnya, yang ditunggu – tunggu oleh penggiat rali dan peminat rali telah pun tiba. Setelah menghadapi masalah dan cabaran, akhirnya Millenium Iconic Rally Championhip – Rally of Pontian pusingan pertama akan berlangsung di Pekan Pontian. Jom kita baca apa yang menarik tentang acara rali ini.

  • Berita penangguhan perlumbaan yang nama asalnya adalah Malaysia International Rally Championship (MIRC) kini dijenamakan sebagai Millenium Iconic Rally Championship, anjuran daripada Millenium Motorsport Adventure Club telah lama tergendala akibat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Tapi kali ini semuanya telah bersedia.
  • Penganjuran Rally of Pontian ini menurut kata penganjur lebih bersifat karnival dan mesra keluarga. Sesuai untuk dihadiri oleh semua golongan ahli keluarga. Ada gerai jualan makanan, cenderahati, ceramah perdana, konsert, autoshow dan pelbagai acara bagi menarik perhatian pengunjung.
  • Rally of Pontian ini akan berpusat di Terminal Bas Pontian sebagai lokasi utama yang juga merupakan tapak berlangsungnya Karnival untuk dikunjungi.
  • Khabarnya Rally of Pontian ini turut mendapat perhatian daripada YB Pontian, Dato Seri Ahmad Bin Maslan dan akan merasmikan perlumbaan yang akan membabitkan 13 SS termasuk Super Special yang akan diadakan di kawasan berhampiran Terminal Bas Pontian.
  • Lain – lain SS akan diadakan di kawasan Felda Bukit Batu, Kulai. Oh ya sebelum terlupa, ak0an ada juga cabutan bertuah atau pun bahawa orang muda sekarang ini Laki Dro dengan BMW E90 sebagai taruhannya.
  • Oh ya, untuk perlumbaan Rally of Pontian ini, pemandu rali lagenda negara, Karamjit Singh buat pertama kalinya akan memandu bersama pasukan Purnama Rally Team. Persetujuan dicapai diantara sang lagenda dan juga Wak Jamal bahawasanya Karamjit Singh akan memandu jentera Proton Satria 1.8 dan akan beraksi dalam kelas M11.
  • Untuk rekod, Proton Satria 1.8 tersebut telah pun dipandu oleh Hashrul Jamaluddin ketika perlumbaan rali di MFOS tempohari. Bagi menghadapi saingan Rally of Pontian ini, blok enjin jentera tersebut telah diganti dan menurut Wak Jamal jentera tersebut telah bersedia untuk disesah oleh Karamjit Singh yang akan berpasangan dengan Daveender Singh. Insya Allah kalau tak ada aral, podium sudah semestinya.
  • Hashrul pula akan kembali memandu jentera Proton Satria 1.3 bersama Azrulfahmi yang mana beliau pernah memandunya di awal penglibatan beliau dalam sukan rali. Walau pun mungkin ada yang mencebek ala apa lah sangat enjin 1.3 aja pun kan. Tapi tahukah bahawa enjin tersebut mampu di rev sehingga ke angka 7500 rpm!
  • Manakala seorang lagi pemandu mereka Muhammad Ikhsan bersama Teh Yie Seng akan memandu jentera Proton Satria 1.6 yang turut dipandu beliau ketika beraksi di kawasan KLIA tempohari.
  • Haji Sutan Mustaffa juga akan turut beraksi bersama jentera Subaru Impreza WRX yang semakin mengganas. Menariknya beliau yang mewakili pasukan Magnax akan berpasangan dengan Amir Izham untuk perlumbaan kali ini dan pastinya mahukan podium juga.
  • Menyerikan lagi majlis (apa pasal ayat dah serupa ayat orang pergi makan nasi kenduri kahwin?) adalah Mitch Chong bersama Wong Kok Yong yang akan memandu jentera Gymkhana beliau, Proton Satria 1.8. Tak sia – sia beliau beraksi dalam Rally Sprint sebelum ini.
  • Sebelum terlupa, sebuah jentera Honda CR-Z akan turut berlumba yang akan dipandu oleh Kang Chin Wan bersama Wong Yaw Seong
  • Nama regular, Ezham bersama Akmal macam biasa akan memandu jentera Perodua Myvi 4WD. Semoga kali ini beliau dan jenteranya kekal sihat untuk menamatkan perlumbaan dengan jayanya.
  • BERITA TERKINI – Ezham terpaksa menarik diri akibat masalah kesihatan dan jentera yang belum sempat disiapkan. Kembali semula di Asahan ok!

BACA : MALAYSIA ICONIC RALLY CHAMPIONSHIP AKHIR AKAN ONZ. FIVE FOUR THREE TWO ONE GOOOO

BACA : MALAYSIA INTERNATIONAL RALLY CHAMPIONSHIP 2024 (MIRC). SIAP SEDIA SEMUA KAWAN KAWAN

Google ads

B K

Back to top button