MALAYSIA ICONIC RALLY CHAMPIONSHIP AKHIRNYA AKAN ONZ. FIVE, FOUR, THREE, TWO, ONE, GOOOOO!
Pembaca Mekanika dan peminat sukan rali tanahair pastinya pernah mengetahui akan perlumbaan Malaysia Iconic Rally Championship (MIRC) sepatutnya akan diadakan pada tahun ini. Namun entah di mana silapnya dan kekangan yang pihak penganjur sahaja mengerti, ianya sudah tertangguh sebanyak beberapa kali.
Mungkin ada yang beranggapan bahawa penganjur mungkin telah scam peminat dan penggiat rali tanahair bahawa ini semua tidak mungkin akan menjadi nyata. Namun orang kuat penganjur yang BK kenal, Haji Sutan Mustaffa Salihin yang juga merupakan seorang pemandu rali masih lagi bekerja keras untuk menyempurnakan hasrat dan misi penganjurannya selama ini.
Beberapa hari yang lalu, saluran media sosial MIRC telah memuat naik hantaran menyatakan bahawa baharu selesai gayanya bermesyuarat penting dengan pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan menyatakan bahawa perlumbaan rali dengan permukaan gravel ini akan tetap berlangsung pada bulan November dan Disember nanti.
Maka segeralah BK menghubungi terus Haji Sutan untuk mendapatkan kepastian apakah ini betul – betul hanya sekadar cobaan sekali lagi. Dan jawapan yang diberikan begitu positif sekali bahawa MIRC pusingan pertama akan diadakan pada 15 hingga 17 November ini di Pontian Johor.
Menurut Haji Sutan lagi, pusingan pertama dan pusingan kedua akan diadakan serentak di Pontian (pusingan pertama pada 16 November dan pusingan kedua pada 17 November). Manakala pusingan ketiga dan keempat juga akan diadakan serentak di Asahan Melaka pada 27 hingga 29 Disember nanti.
Format begini terpaksa dibuat atas faktor kekangan masa dan lokasi, maka langkah terbaik adalah melakukan format sebegini. Kata Haji Sutan, setidaknya tetap akan ada empat pusingan perlumbaan bagi kutipan mata dan mencari juara sulung untuk edisi MIRC kali ini.
Haji Sutan barangkali merupakan individu yang cukup sibuk buat masa ini memandangkan khabarnya beliau akan kembali beraksi di bumi Thailand, (Chanbori) pada penghujung September ini dan telah menyiapkan jentera Subaru Impreza GDB dengan beberapa peralatan terbaharu telah disumbat. Cuma kata Haji Sutan, beliau masih lagi menantikan apakah rakannya si Paklong Zam akan turut serta berlumba ke Thailand. Dengar kata beliau kerap juga masuk ke Thailand guna Kanchiuull cari alat ganti untuk siapkan enjin beliau. Entahlah.
Malah pada bulan Oktober nanti juga akan ada satu lagi perlumbaan rali anjuran MAM Festival of Speed di Sepang / KLIA juga dengan membabitkan permukaan gravel. Tampaknya dunia rali tanahair akan kembali sibuk hingga ke penghujung tahun ini.
Jadi tunggu apa lagi guysss. Five, four, three, two, one, goooooooooo!!!!!
BACA : MALAYSIAN INTERNATIONAL RALLY CHAMPIONSHIP 2024 (MIRC) – SIAP SEDIA SEMUA KAWAN – KAWAN!