Artikel Pilihan

MAZDA SAHKAN ICONIC AP SPORTS BAKAL DIPRODUKSI – LAMA BETUL NAK BUAT KEPUTUSAN

Rasa macam dah lama Mazda dedahkan model konsep Iconic SP dan ia memang diterima dengan senang hati oleh peminat-peminat Mazda. Ia merupakan sebuah model sports retro-futuristik berkuasa EV dengan sokongan enjin rotary untuk penambahan jarak operasi. Kini selepas sekian lama menunggu Mazda akhirnya memberikan keputusan. Iconic SP bakal diproduksikan!

Berita baik ini disahkan oleh ketua pereka Mazda, Masashi Nakayama. Beliau menyatakan yang Iconic SP bukan sekadar kereta kosong untuk pameran. Sebaliknya ia direka untuk diterjemahkan kepada model produksi dalam sedikit masa lagi.

Ini kali pertama kami dengan ia akan diproduksikan walaupun bayangan tu memang ada. Malah Nakayama pun sebelum ini ada menyebut yang Iconic SP adalah salah satu model yang beliau ingin lihat memasuki pasaran sebenar.

Model ini kemungkinan besar akan menjadi pengganti kepada model lejen Mazda, RX-7 dan RX8. Tapi tak mustahil juga kalau Mazda akan kecilkannya dan menjadi generas baru MX-5. Sudah tentu beberapa perubahan perlu dilakukan sebelum memasuki fasa produksi. Lampu ala pop up tu memang awal-awal lagi akan direka kembali.

Ciri paling menarik Iconic SP ini semestinya ialah enjin rotary dual rotornya yang kompak. Ia bakal digabungkan dengan motor EV dan gabungan keduanya akan menghasilkan 365 hp kuasa maksima. Macam kami bagi tahu tadi enjin ini fungsinya lebih kepada penambah jarak perjalanan dan bukannya trenkuasa utama kereta ini.

Malah Mazda juga sedang bereksperimen dengan teknologi baharu yang boleh memerangkap CO2 sebaik sahaja ia dikeluarkan dari ekzos. Kalau berjaya memang ia akan memberikan manafaat yang besar kepada Mazda dan sekaligus memelihara kelestasrian alam sekitar.

Google ads
Back to top button