Artikel Pilihan

LAMBORGHINI URUS HABIS TERJUAL SEHINGGA 2026 – MAHAL TAPI LARIS

Kalau goreng pisang panas laku keras kami faham sebab ia bukan makanan mahal tapi Lamborghini Urus ni bukannya murah… pun laku keras juga. Kita tunggu stok Bezza 3 bulan dah rasa penat ini nak tunggu sampai dua tahun. Kalau tempah sekarang hujung 2026 baru boleh dapat.

Dulu ramai yang kondem Urus ni kerana kononnya ia cuma sebuah Audi Q8 ataupun VW Toureg yang dimewahkan. Namun bila ia dilancarkan, SUV berprestasi tinggi ini terus menjadi ibu duit Lamborghini. Punyalah sampai Audi selaku pemilik Lamborghini boleh tersenyum lebar macam Abang Beras dapat makan free.

Ia mula menjadi kilang mencetak wang sejak 2017 dan menguasai carta SUV mewah di seluruh dunia. Selepas dinaiktaraf kepada trenkuasa plug-in hibrid pun ia masih digilai peminat. Sekarang Urus cuma boleh didapati dalam versi PHEV, itu pun masih laku keras. Apa tangkal yang engkau pakai ni?

Lamborghini dengan bangga menegaskan yang mereka mempunyai tempahan yang lebih dari mencukupi untuk bekerja keras sepanjang tahun 2025. Dengan kata lain kalau tempah sekarang memang dua tahun lagi la baru dapat merasa pakai kereta baru.

Urus dilancarkan lebih 7 tahun dahulu tapi berdasarkan pasarannya sekarang dengan laku kerasnya lagi memang lambat lagi la penggantinya akan muncul. Generasi kedua versi elektrik sepenuhnya dikatakan hanya akan muncul menjelang 2029!

Sebuah lagi model laku keras ialah Lamborghini Revuelto. Model plug-in hibrid itu hanya akan diperolehi pada penghujung 2026 ataupun awal 2027 kalau anda tempah sekarang. Nampaknya model PHEV Lamborghini memang tiada masalah dari segi pasaran. Ye lah yang membelinya pun bukan jenis tunggu gaji hujung bulan baru nak makan KFC.

Tahun lepas sahaja Lamborghini telah menjual sebanyak 10,112 unit kenderaan dan ia kelihatan semakin meningkat dari awal tahun ini. Satu je yang buat abang kecewa. Bayangkan dari lebih 10 ribu unit tu tak ada satu pun abang punya. Jem lagu ni.

Google ads
Back to top button