Artikel Pilihan

PEUGEOT 508 GT, SEDAN SEGMEN D PALING BERGAYA

Jenama Peugeot yang kini berada di bawah naungan Berjaya Auto Alliance bakal menyaksikan pelancaran beberapa model baru seperti Peugeot 2008 (SUV) dan juga Peugeot 508. Beberapa keping gambar kelihatan Peugeot 508 berwarna putih sedang diuji oleh pemandu ujian mulai kelihatan di sekitar Pulau Pinang dan juga Kedah. Disebabkan jenama Peugeot ini kurang popular, kami bawakan beberapa fakta pantas berkenaan model 508 yang bakal dilancarkan nanti

1. Model 508 ini sebenarnya telah dilancarkan pada peringkat global pada tahun 2018 di Geneva Motor Show selepas konsep rekaan model ini diperkenalkan pada tahun 2017. Rancangan asalnya ialah untuk membawa model ini masuk ke Malaysia pada tahun 2019 namun telah tertangguh

2. 508 ini dibina atas platform PSA EMP2 (Efficient Modular Platform) yang dibangunkan oleh kumpulan PSA Peugeot Citroen untuk kereta saiz sederhana, enjin dan pacuan roda depan. Menariknya platform ini dibangunkan bukan sahaja untuk kegunaan sedan tapi digunakan untuk SUV dan juga MPV

3. Terdapat banyak pilihan enjin yang ditawarkan seperti 1600cc 4 silinder turbo, model Plug in Hybrid, dan juga 1500cc turbodisel. Namun untuk pasaran Malaysia, kami pasti 508 akan hanya ditawarkan dengan enjin 1600cc turbo 4 silinder yang menghasilkan 180 kuasa kuda dan 250Nm tork dan satu lagi versi menghasilkan 225 kuasa kuda dan 300Nm tork.

4. Kedua dua enjin akan ditawarkan dengan transmisi 8 kelajuan yang dibangunkan secara kerjasama antara kumpulan PSA dan juga Aisin iaitu syarikat yang menghasilkan komponen transmisi untuk Toyota. Paddle shift akan disediakan bagi memudahkan pemandu menukar gear di belakang stering

5. Dari segi dimensi, model 508 memiliki panjang 4750mm, lebar 1859mm, dan tinggi 1403mm. Jarak antara roda pula ialah 2795mm dengan ruang kargo belakang sebesar 487 liter yang boleh dibuka secara automatik dengan pengesan kaki

6. Semua model akan dipadankan dengan transmisi 8 kelajuan automatik samaada petrol, PHEV ataupun turbodisel. Pecutan 0-100km/j bagi model 180 kuasa kuda ialah 7.9 saat dan halaju maksima 239km/j. Manakala bagi model 225 kuasa kuda ialah 7.3 saat dengan halaju maksima ialah 250km/j.

7. Rekaan Peugeot 508 GT diasaskan daripada model konsep Peugeot Exalt dan juga Peugeot Instinct di bawah seliaan Gilles Vidal, Styling Director Peugeot. 508 GT direka dengan cesi yang lebar, rekaan shoulder line yang tegap, bahagian depan yang tajam terutama rekaan lampu serta disedahkan dengan rekaan belakang yang elegan. Nampak kemas dan tak serabut tapi pada masa yang sama memang nampak bergaya

8. Rekaan lampu depan menampilkan teknologi LED, LED DRL, serta lampu cornering lamp yang akan menyala sewaktu kereta membelok. Lampu bahagian belakang menggunakan motif rekaan cakar singa dengan teknologi LED sepenuhnya.

9. Dari segi rekaan papan pemuka, memang rekaan 508 agak terkedepan berbanding dengan pengeluar lain. 508 GT menampilkan tema warna hitam, penggunaan krom, kulit dengan kemasan jahitan benang oren serta motif bercorak carbon fibre. Memang nampak sporti dan mahal.

10. Sistem infohibur dilengkapkan dengan skrin sesentuh 10 inci serta sistem 10 pembesar suara premium, FOCAL yang berasal dari Peranchis. Sistem ini juga menyokong sambungan telefon dengan Apple Car Play dan juga Android Auto.

11. Dalam aspek keselamatan, Peugeot 508 GT menampilkan teknologi Active Lane Keeping System, Sistem Amaran Titik Buta, Sistem Pemanduan Autocruise dengan Stop&Go, sistem brek AEB serta City Park (teknologi parkir sendiri. Semua sistem ini disokong dengan 12 sensor ultrasonic, kamera infra red, dan juga radar

12. Bagi unit yang dipasarkan di Jepun, ia hadir dengan sistem Night Vision yang membantu pemandu melihat dengan lebih jelas pada waktu malam. Barisan kamera yang dipasang pada bahagian depan kereta akan mengesan pejalan kaki ataupun haiwan yang melintas. Satu paparan khas hitam putih akan dipaparkan pada meter depan dengan fokus pada objek yang bergerak.

Untuk pasaran Malaysia, unit ini telah diuji secara ekstensif dan kami percaya ia akan dipasarkan pada suku pertama atau kedua tahun 2021. Namun dari segi spesfikasi, peralatan keselamatan dan harga masih lagi tidak dapat dipastikan ketika ini.

Google ads
Back to top button