Buletin

airasia.com TAWAR HANTARAN PERCUMA TANPA HAD SEPANJANG PKP DI LEMBAH KLANG

Syarikat airasia.com ingin membantu rakyat negara ini dengan menawarkan perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had untuk airasia food, airasia fresh dan airasia shop sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, perkhidmatan tersebut hanya ditawarkan di Lembah Klang sahaja.

Ia akan memperluaskan di kawasan-kawasan lain dalam masa terdekat dalam memudahkan rakyat Malaysia mendapat mengakses produk seperti makanan, produk segar, barangan runcit, kecantikan, fesyen dan banyak lagi ketika berada di rumah.

Ketua Pegawai Eksekutif (cabang logistik Airasia Digital), Pete Chareonwongsak berkata “untuk kemudahan para pelanggan, perkhidmatan seperti penghantaran makanan, barangan segar, penghantaran barangan runcit dan barangan bebas cukai berjalan seperti biasa sepanjang tempoh PKP.

“Kami berharap inisiatif perkhidmatan Penghantaran Secara Percuma Tanpa Had dapat membantu orang ramai.

“Pasukan penghantaran yang dikenali sebagai Teleporter bersedia menghantar pesanan anda di pintu rumah anda.

“Kami akan meningkatkan perkhidmatan e-dagang dan memperluaskan perkhidmatan penghantaran di luar kawasan Lembah Klang dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan media.

Melalui airasia food, para pelanggan boleh memilih pelbagai hidangan makanan, Penghantaran Percuma Tanpa Had adalah merangkami jarak penghantaran sejauh 15 km.

Bagi mereka yang ingin memesan produk segar, daging, makanan laut dan barangan runcit boleh berbuat demikian menggunakan airasia fresh sekali gus menikmati Penghantaran Percuma Tanpa Had dengan pembelian minimum RM30 menggunakan kod promo STAYHOME.

Tiada had jarak untuk penghantaran percuma dan boleh memilih penghantaran mengikut kesesuaian para pelanggan.

Pesanan boleh dilakukan dengan melayari airasia.com atau melalui airasia.com Asean super app.

Google ads
Back to top button