Buletin

PININFARINA BATTISTA, LAJU BAK PELURU 1900 BHP 2300 NM

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Pada Julai lalu kami ada terbitkan satu artikel tentang kereta hiper pertama yang bakal dikeluarkan oleh Automobili Pininfarina. Jenama terkenal dari Itali itu mahu menghasilkan kereta hiper luar biasa dengan kelajuan 402 km/j.

Selepas beberapa bulan, Automobili Pininfarina pada kelmarin mengesahkan nama model hiper tersebut sebagai Battista.

Nama tersebut begitu bermakna kerana ia sempena Battista ‘Pinin’ Farina, pengasas syarikat Carrozzeria Pininfarina yang ditubuhkan pada tahun 1930.

Lebih bermakna apabila kereta hiper elektrik ini direka dan bakal dibina dengan tangan dalam unit terhad di Pininfarina SpA, Turin di bawah pengawasan Paulo Pininfarina, cucu kepada Battista dan Pengerusi Pininfarina SpA sekarang.

Battista juga bakal menjadi kereta paling pantas dan berkuasa pernah direka dan dikeluarkan di Itali. Walaupun Pininfarina begitu terkenal dengan model-model eksotik Ferrari, inilah kali pertama firma reka bentuk mengeluarkan kereta sendiri dan ia sebenarnya adalah cita-cita mendiang Battista sendiri.

Kereta ini memang gila, ia bakal menjadi kereta mewah hiper elektrik pertama di dunia dengan segala teknologi ekstrem.

Badan Battista diperbuat daripada gentian karbon dan kegilaannya terletak pada kuasa. Angka yang dinyatakan ialah 1,900 bhp dan tork 2,300 Nm dengan pecutan dari 0 hingga 100 km/j kurang dari dua saat.

Kegilaan apakah ini? Kelajuan tersebut lebih pantas daripada kereta Formula 1 dan bakal memecah angka 400 km/j. Lebih unik apabila Battista adalah kereta sifar emisi dengan jarak perjalanan cas penuh lebih dari 482 km.

Projek kereta hiper ini dibuat secara kerjasama dengan Pininfarina SpA yang bertanggungjawab dalam reka bentuk, pembangunan dan pengeluaran dan Rimac Automobili iaitu pembekal nadi kuasa elektrik dan bateri kepada jenama premium dan mewah dunia.

Automobili Pininfarina turut melantik beberapa eksekutif yang berpengalaman dalam bidang reka bentuk, pembangunan, kejuruteraan dan sambungan (connectivity) dari Bugatti, McLaren, Pagani, Porsche dan Volvo.

Battista akan menjadi kereta yang eksklusif dengan jumlah keluaran tidak lebih dari 150 buah. Kereta ini bakal dilancarkan pada penghujung 2020 dengan harga anggaran dari AS 2 juta hingga AS 2.5 juta (RM 8.37 juta hingga RM 10.47 juta).

Sebanyak 50 buah unit diagihkan ke pasaran Amerika Syarikat, 50 buah ke Eropah dengan baki ke Timur Tengah dan Asia.

Automobili Pininfarina dimiliki sepenuhnya oleh Mahindra & Mahindra Ltd investment. Mahindra Group dari India memiliki Pininfarina SpA pada tahun 2015.

*1 AS = RM 4.18

BACA: KOENIGSEGG – DULU PENGELUAR KECIL KINI GERGASI DUNIA HYPERCAR

BACA: SEBELUM VEYRON DAN CHIRON – BUGATTI PERNAH HASILKAN SUPERCAR MODEN

Tags
Google ads
Back to top button
Close