Buletin

NISSAN HALANG KELUARGA GHOSN MASUK RUMAH – TUKAR KUNCI BEBERAPA HARTANAH, AMBIL KERETA

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Nissan Motor Co. kini dilapor sedang cuba untuk menghalang akses ke rumah-rumah yang pernah digunakan oleh bekas Pengerusinya, Carlos Ghosn di Beirut, Rio de Janeiro dan seluruh dunia.

Nissan sebelum ini membenarkan Ghosn dan keluarganya menggunakan beberapa hartanah dari Brazil hingga Perancis sepanjang dia berkhidmat. Namun, semua kemewahan itu nampaknya sudah berakhir sebaik sahaja Ghosn ditahan oleh pihak berkuasa Jepun atas dakwaan melakukan jenayah kewangan.

Pasukan pendakwaraya di Jepun mendakwa Ghosn dan Nissan semalam kerana tidak melaporkan pendapatan dengan betul. Dia kembali ditahan di Jepun atas kesalahan sama tetapi untuk tarikh berbeza. Dakwaan itu menyebabkan Ghosn terpaksa merengkok di dalam penjara sekurang-kurangnya 10 hari lagi.

Pada masa yang sama, Nissan cuba untuk menghalang keluarga Ghosn daripada masuk ke dalam sebuah pangsapuri mewah di Rio de Janeiro bernilai sekitar AS$3 juta (RM12 juta) dan rumah agam di Beirut yang dibeli oleh Nissan pada harga AS$8.75 juta (RM36.6) juta.

Nissan juga telah menukar kunci di beberapa hartanah. Isteri Ghosn, Carole dilarang untuk memasuki rumah di Beirut. Di Brazil, Nissan ada mengemukakan petisyen berikutan sebuah mahkamah di sana membenarkan wakil Ghosn memasuki pangsapuri di Rio. Langkah itu diambil berikutan wujud kebimbangan bukti-bukti akan dialih keluar atau dimusnahkan.

Rumah di Rio itu didakwa menyimpan tiga peti besi yang mungkin mempunyai bukti salah laku Ghosn. Nissan bagaimanapun gagal untuk masuk ke rumah di Paris dan Amsterdam kerana hanya Ghosn dan pembantunya yang memiliki kunci.

Masih kurang jelas adakah rumah yang pernah digunakan oleh Ghosn akan disiasat oleh pasukan pendakwa Jepun atau sebaliknya.

Tags
Google ads
Back to top button
Close