
PORSCHE TAYCAN CROSS TURISMO KINI DI MALAYSIA. 3 VARIAN, BERMULA RM645K
Sime Darby Auto Performance (SDAP) memperkenalkan varian terkini jentera elektrik Porsche Taycan Cross Turismo ke pasaran tempatan.
Menjadi model Cross Utility Vehicle (CUV) pertama Porsche, Taycan Cross Turismo menampilkan teknologi 800 volt untuk pengecasan pantas, jarak yang jauh serta ruang kabin luas.
Jentera itu dibina di atas platform berteknologi tinggi, lengkap bersama pacuan semua roda dan suspensi udara adaptif untuk dinamik pemanduan luar biasa, sama ada di atas laluan biasa atau off-road. Ia juga menawarkan ruang kepala 47mm lebih luas untuk penumpang belakang dan kargo seluas 1,200 liter jika tempat duduk belakang dilipat rata.

Harga Taycan Cross Turismo adalah seperti berikut:
- Taycan 4 Cross Turismo bermula RM645,209
- Taycan 4S Cross Turismo bermula RM728,727
- Taycan Turbo Cross Turismo bermula RM968,928

Performance Battery Plus berkapasiti 93.4kWh ditawarkan sebagai ciri standrad untuk semua varian. Kuasa dan dan jarak adalah seperti berikut:
- Taycan 4 Cross Turismo: 280kW (380PS), kuasa overboost untuk Launch Control 350kW (476PS), pecutan 0-100km/j dalam masa 5.1 saat, kelajuan maksimum 220km/j, jarak (NEDC) 437km
- Taycan 4S Cross Turismo: 360kW (490PS), kuasa overboost untuk Launch Control 420kW (571PS), pecutan 0-100km/j dalam masa 4.1 saat, kelajuan maksimum 240km/j, jarak (NEDC) 436km
- Taycan Turbo Cross Turismo: 460kW (625PS), kuasa overboost untuk Launch Control 460kW (680PS), pecutan 0-100km/j dalam masa 3.3 saat, kelajuan maksimum 250km/j, jarak (NEDC) 425km
Sistem suspensi udara adaptif membuatkan jentera itu 20mm lebih tinggi berbanding salon Taycan. Dengan pakej Offroad Design, jarak kelegaan tanah dinaikkan sehingga 30mm.

Ini membolehkannya dipandu di laluan off-road, terutama dengan adanya mode Gravel. Mode Gravel berfungsi menguruskan aspek agihan kuasa tork dan setting chasis yang lain.
Elemen rekaan off-road diserlahkan menerusi kemasan pada arca roda, apron bahagian bawah bampar hadapan dalan belakang serta sill sisi. Pakej Offroad Design turut hadir dengan flap pada bucu bampar hadapan dan belakang untuk melindungi daripada impak serpihan batu
Taycan Cross Turismo sudah boleh dilihat secara dekat di semua Porsche Centre di seluruh negara.
- BACA: PORSCHE CAYENNE, SUV DENGAN PRESTASI SUPERCAR
- BACA: PORSCHE CARRERA GT, SUPERCAR PALING LIAR, PALING BAHAYA. TIADA ESC
- BACA: KILANG PORSCHE DI KULIM DIJADUAL BEROPERASI TAHUN 2022. PENUHI KEPERLUAN PASARAN DOMESTIK SAHAJA
- BACA: PORSCHE YAKIN MALAYSIA SEBAGAI GERBANG PASARAN ASEAN
GALERI