
PORSCHE CAYENNE, SUV DENGAN PRESTASI SUPERCAR
Jika anda sedang mencari sebuah SUV yang amat selesa, sofistikated dengan prestasi sama seperti sebuah supercar, maka Porsche Cayenne ialah SUV yang anda cari. Cayenne memiliki segalanya yang anda mahukan dari SUV dalam satu pakej yang menarik
Semenjak diperkenalkan, sebanyak 770,000 unit Cayenne berjaya dijual di seluruh dunia. Generasi ketiga Cayenne diperkenalkan di peringkat global pada tahun 2017 sebelum dilancarkan di Malaysia setahun kemudian.
Cayenne hadir dengan pelbagai teknologi terkini setara dengan statusnya sebagai sebuah supercar. Ia datang dengan enjin 3,000cc V6 biturbo yang dipadankan dengan kotak gear Tiptronic S lapan-kelajuan baharu berserta tayar campuran saiz untuk pemanduan yang lebih stabil

Apa yang lebih menarik, bermula awal tahun ini, Sime Darby Auto Performance (SDAP) memperkenalkan Cayenne dengan Premium Package pada harga RM655,000 selepas pengecualian cukai SST. Premium Package ini menyertakan pilihan untuk kemewahan dan keselesaan bernilai lebih dari RM83,655 tanpa sebarang kos sebagai standard seperti:
- Porsche Active Suspension Management – PASM berfungsi untuk sentiasa menyelaraskan kadar penyerapan pada setiap penyerap hentak bergantung pada keadaan permukaan jalan, selain tetapan mode pemanduan sama ada Normal, Sport atau Sport Plus.
- Cayenne didatangkan dengan rim rekaan RS Spyder bersaiz 21 inci bersama tayar belakang bersaiz 315/35 dan 285/40 inci bagi tayar depan. Campuran saiz tayar ini membantu Cayenne menjadi lebih resposif, stabil pada kelajuan tinggi dan mengekalkan keselesaan penumpang.
- Porsche Dynamic Light System – atau PDLS menggunakan LED bagi memastikan pemandu sentiasa mendapat pencahayaan yang bagus sepanjang masa. Sistem kamera akan mengesan kenderaan dari arah hadapan dan mengawal arah cahaya maksimum agar tidak menyilaukan pemandu lain.

- Comfort access untuk menyenangkan urusan keluar masuk kereta dan kerusi elektrik 14-arah berserta memori.
- Penyaman udara 4 zon- Cayenne menawarkan 4 zon kawalan suhu penyaman udara bagi menyelaraskan suhu pilihan setiap individu di dalam kereta dan halaju penyaman udara yang telah ditapis dengan penapis aktif karbon.
- Park Assist dengan Surround View – menawarkan paparan video 360 darjah pada unit multimedia Porsche Communication Management yang diambil daripada 4 kamera yang dipasang di sekeliling Cayenne bagi memudahkan urusan memarkir. Untuk memudahkan pemandu keluar dari simpang, sistem itu turut menyediakan paparan imej bagi membantu pemanduan.

Bagi peminat Porsche yang sudah lama mengintai peluang untuk memiliki Cayenne, jentera itu kini ditawarkan bersama Cayenne Premium Package pada harga RM665,000 dengan pengecualian cukai SST dan harga ini sah sehingga 31 Disember 2021.
Jika anda sedang mencari-cari sebuah SUV Premium, Porsche menawarkan semua opsyen mewah Pakej Premium di atas yang berharga RM83,655 tanpa sebarang kos tambahan.
Maklumat lanjut berkenaan Cayenne dan membuat tempahan temujanji untuk sesi pandu uji, anda boleh klik di pautan INI
