Buletin

RAPPER DIDDY HADIAHKAN HARI JADI IBU DENGAN BENTLEY MULSANNE DAN CEK RM4 JUTA. UNTUNG LAH…

Jika anda seorang bilionair, belanja barang mahal kepada yang tersayang bukanlah perkara sukar.

Begitulah yang dilakukan oleh rapper, penerbit, fashion mogul dan ahli perniagaan terkenal, Diddy.

Bagi meraikan ulangtahun ke-80 ibunya, Janice Combs, Diddy memberikan insan istimewa dalam hidupnya itu hadiah yang cukup lumayan. Menurut Diddy, dia tidak mungkin berada di tempatnya sekarag tanpa didikan dan pengorbanan wanita itu.

Kemeriahan majlis sambutan hari jadi yang diadakan di sebuah rumah agam di Los Angeles itu dikongsi oleh Diddy di Instagram, serta laman sosial anak dan rakan-rakannya.

Ia bermula dengan Diddy memberi ucapan yang memuji dan menyatakan ibunya sangat picky, sebelum menyerahkan satu kotak berwarna hijau kepada Janice.

Hadirin yang tidak tahu apakah kandungan kotak itu meneka ia mengandungi barang kemas daripada Tiffany’s.

Tetapi, apa yang terkandung di dalam kotak itu ialah sekeping cek AS$1 juta (RM4 juta). Teriakan terkejut Janice apabila memegang cek itu kemudian disambut oleh sorakan tetamu yang hadir.

Namun, keterujaan tersebut tidak berakhir begitu sahaja. Diddy kemudian mengiringi ibunya ke bahagian luar rumah sebelum sebuah Bentley Mulsanne berwarna hitam semakin mendekat.

Mulsanne yang berharga lebih AS$300,000 (RM1.2 juta) itu lengkap dengan reben besar pada bahagian bonetnya. Harus tahu bahawa hadiah kereta itu datang sekali dengan pemandu peribadi.

“Saya hanya wujud kerana wanita yang cantik, rajin, penyayang, kelakar dan garang ini. Beliau sentiasa memberitahu saya apa yang benar dan betul. Selamat hari lahir yang ke-80 kepada ibu terbaik di seluruh dunia.

“Saya sayangkan mak selama-lamanya. Dan mak memang berusia 80 tahun, tiada filter atau edit,” kata Diddy.  

Diddy dilaporkan memiliki kekayaan sebanyak AS$885 juta (RM3.6 bilion). Sudah tentu dia mampu untuk membelikan apa sahaja untuk ibunya.

Google ads
Back to top button