Buletin

TIADA LAGI MERCEDES-AMG GT R SELEPAS MODEL 2021

Pada awal minggu ini, bertiup kencang khabar angin Mercedes-AMG GT R akan dihentikan di Amerika Syarikat (AS) selepas model tahun 2021.

Menurut laporan Carscoops, Mercedes-Benz USA mengesahkan dakwaan tersebut.

 “Mercedes-AMG GT Black Series akan menjadi varian paling tertinggi untuk model GT dua pintu.”

Melalui pendekatan tersebut, syarikat berkenaan menghentikan GT R agar penjualan varian AMG GT Black Series tidak terjejas malah perlu menaik taraf model GT sedia ada untuk mengisi kekosongan terbabit.

Ia sangat penting berikutan model Black series mempunyai tanda harga dua kali ganda lebih mahal berbanding model GT R.

Mercedes-AMG GT Black Series merupakan sebuah model berprestasi tinggi yang akan tiba pada tahun hadapan dan dijual pada harga bermula dari AS$325,000 (RM1.3 juta) di pasaran AS.

Jentera itu mendapat khidmat enjin 4.0 liter V8 pengecas turbo berkembar yang mampu menjana kuasa  720 hp dan tork 800 Nm.

GT Black Series kini menjadi jentera produksi terpantas di litar Nurburgring dengan catatan masa sekitar 6:43.616, atau 1.3 saat lebih pantas berbanding Lamborghini Aventador SVJ. – carscoops

Google ads
Back to top button