Buletin

ELON MUSK PERNAH OFFER APPLE UNTUK BELI TESLA. TAPI TIM COOK TAK LAYAN. SEKARANG MUNGKIN MENYESAL

Bilionair Silicon Valley, Elon Musk baru-baru ini mendedahkan bahawa dia pernah menghubungi Ketua Pegawai Ekskutif Apple Inc, Tim Cook sewaktu zaman gelap program Tesla Model 3.

Panggilan itu dibuat oleh Musk untuk bertanyakan kemungkinan Apple berminat untuk membeli Tesla pada harga 1/10 daripada nilainya sekarang.

“Beliau enggan berjumpa pun,” kata Musk, Ketua Pegawai Ekskutif Tesla apabila membalas satu tweet yang memetik laporan Reuters mengenai Apple yang bakal mengeluarkan kenderaan elektrik menjelang tahun 20204 dan dilengkapi teknologi bateri baharu.

Pada tahun 2017 dan 2018, Tesla bergelut untuk meningkatkan produksi sedan Model 3. Malah Musk ada memberitahu para pelabur bahawa Tesla kini berada dalam ‘neraka’ kerana terpaksa berdepan dengan masakah sistem pengeluaran automatuk di kilang baterinya di Reno, Nevada.

Namun, Tesla akhirnya berjaya mengatasi masalah tersebut dan terus mencatat keuntungan. Tesla juga merupakan salah sebuah syarikat paling bernilai yang akan menyertai senarai S&P 500, apabila ia menjadi antara saham paling banyak dilanggan dalam indeks saham berkenaan.

Bagaimanapun, saham Tesla mencatat 6.5 peratus lebih rendah pada debut S&P 500 berikutan timbul berita tentang kereta elektrik Apple.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, usaha penghasilan kereta elektrik Apple yang dikenali sebagai Project Titan dikatakan tidak banyak progress sejak dimulakan pada tahun 2014. Ketika itu, Apple baru mula hendak menghasilkan sebuah kereta daripada lakaran.

Strategi utama kereta elektrik Apple ialah reka bentuk bateri baharu yang didakwa mampu mengurangkan kos dan meningkatkan jarak perbatuan dengan signifikan.

Dalam rantaian tweet yang sama, Musk menyatakan ‘monocell’ yang Apple mahu gunakan adalah mustahil dari segi elekktro kimia kerana voltan maksimumnya ~100X terlalu rendah, melainkan ia digabungkan bersama. – Reuters

Google ads
Back to top button