Artikel Pilihan

RIPSAW EV2, KERETA KEBAL MEWAH BERHARGA RM 1.2 JUTA

Untuk anda yang ingin mencari kelainan dalam pemanduan lasak, mungkin anda akan beli kenderaan 4×4 seperti Hilux dan juga Ranger. Tukar tayar kepada tayar MT dan masukkan winch. Memang dah nampak gempak kan. Tapi kalau anda nak lebih dari itu, anda kena tempah RIPSAW EV2.

Ia merupakan sebuah kereta kebal yang diubahsuai untuk kegunaan awam, dan dijual tanpa sebarang sistem persenjataan. Mari kita sembang pasal Ripsaw EV2 ini mana tahu duit raya tahun ini dah cukup untuk anda beli satu

1. Ripsaw sebenarnya dibangunkan oleh Howe&Howe Technologies sebagai unmanned ground combat vehicle pada tahun 2001 selepasa Jabatan Pertahan melihat kenderaan ini di sebuah pameran. Sebuah prototype MS-1 dihantar ke medan perang untuk diuji.

2. Ripsaw ditugaskan sebagai perlindungan konvoi, pertahanan perimeter, unit peninjau, penyelamat, rondaan sempadan dan menyahaktifkan bom yang boleh dikawal dari jarak jauh. Ia juga boleh digunakan untuk menyuraikan penunjuk perasaan dengan dilengkapi bom asap serta peluru getah. Input kepada operator disampaikan melalui sistem kamera 360 darjah.

3. Bagi kegunaan medan perang, Ripsaw boleh dikawal sehingga 1km dengan dilengkapi Advanced Remote Armament System, meriam MK44 Bushmaster ii dan sepasang peluru berpandu anti kereta kebal. Dengan armor lengkap, beratnya menjadi 3600kg serta berupaya mencecah halaju 64km/j

4. Varian yang dijual kepada orang awal pula dikenali sebagai EV2 (Extreme Vehicle 2) merupakan versi paling mewah dengan 2 kusyen balutan kulit serta kawalan stering sama seperti kereta. Ia boleh dipandu sejauh 480km dengan halaju tertinggi mencecah 97km/j

5. Ripsaw dikuasakan dengan enjin Duramax V8 6600 turbodiesel yang menghasilkan sekitar 750 kuasa kuda dan 1321Nm tork dipadankan dengan transmisi automatik. Enjin ini merupakan kerjasama antara General Motor dan juga Isuzu bagi kegunaan Amerika. Seliter diesel membolehkan EV2 dipandu sejauh 800 meter sahaja.

6. Ripsaw EV2 pernah digunakan dalam filem aksi GI Joe 2013 Retaliation serta filem Fast & Furios dalam aksi mengejar kapal selam. Versi awam dibekalkan dengan track getah yang berharga sekitar RM 42,000 per set. Ripsaw juga dipasang dengan penyaman udara, pengecas telefon, kamera pandang belakang serta cupholder

7. Ia juga dilengkapi dengan gull wing door sama seperti Tesla. Disebabkan Ripsaw EV2 boleh ditempah mengikut kemahuan anda, harganya tidak tetap dan bergantung pada aksesori yang anda mahukan. Makin banyak aksesori, makin mahal harganya

8. Model EV2 asas dijual pada harga permulaan RM 1.2 juta sahaja. Untuk pemanduan lasak, Ripsaw EV2 boleh mendaki laluan curam pada sudut 75 darjah. Sebagai perbandingan Land Rover hanya boleh mendaki pada sudut 45 darjah sahaja

Google ads
Back to top button