Buletin

PEMBELI FORD MUSTANG SEMAKIN BERUSIA

Boleh dikatakan bahawa Ford Mustang kini menikmati zaman kegemilangannya. Menguasai 15.1 peratus dalam pasaran jentera sports coupe global, ia menjadi kereta sports paling laris untuk dua tahun berturut-turut.

Ford juga bercadang untuk membawa Mustang ke Antartika dan menubuhkan kelab peminat di benua paling selatan itu. Namun, rancangan tersebut masih belum diluluskan.

Jadi, adakah perkara yang perlu dibimbangkan oleh Mustang? Nampaknya, model S550 Mustang kini menarik minat golongan berusia dan trend itu sudah berlarutan sekurang-kurangnya selama sedekad.   

Malah, purata umur pembeli Musatang dilihat semakin lanjut. Ford sedar tentang perkara itu dan ia tidaklah terlalu membimbangkan.

“Ya betul. Demografik pembeli Mustang semakin berusia. Generasi baby boomer mengingati zaman 60-an dengan lebih jelas dan kumpulan ini semakin besar.

“Namun, perkembangan ini lebih bersifat psikografik. Maksudnya terdapat jenis personaliti tersendiri yang membeli Mustang dan bukannya bergantung kepada usia semata-mata,” kata Pengurus Pemasaran Ford Mustang, Jim Owens.  

Ford percaya bahawa Mustang ialah ‘satu peringkat hidup’. Sudah pasti Mustang mampu menarik minat golongan muda, tetapi mereka yang baru masuk ke dalam dunia pekerjaan menilai sesuatu dari sudut berbeza, misalnya aspek praktikaliti dan kemampuan.  

“Bagi mereka yang mahukan praktikaliti, kami ada Mach-E. Apa pun, penuhi dahulu apa yang anda perlukan dalam hidup, kemudian baru beli sebuah Mustang,” kata Owens lagi.  

Google ads
Back to top button