Buletin

R&R BUKIT JELUTONG LEBUH RAYA GCE DIBUKA SEMULA. KINI LEBIH CANTIK, SELESA

PROLINTAS Expressway Sdn. Bhd. (PESB), pemegang konsesi Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) sudah  membuka semula Hentian Sebelah Bukit Jelutong kepada pengguna bermula Selasa, 1 Disember 2020.

Kemudahan lebuh raya yang menempatkan surau, kawasan rehat, tandas, laluan pejalan kaki dan kawasan parkir itu menampilkan wajah baharu setelah kerja-kerja penambah baikan berlangsung selama empat bulan.

Selain proses penambahbaikan struktur bangunan dan hiasan dalaman, jumlah tandas lelaki dan wanita dahulunya sebanyak dua unit kini telah ditambah kepada lima unit bagi setiap satu.

Dengan tambahan corak binaan lebih moden, hiasan dalaman yang segar serta landskap kondusif, ia memberikan nilai tambah serta keselesaan kepada pengguna Lebuhraya GCE.

Penambahbaikan kemudahan ini adalah komitmen berterusan Kumpulan Syarikat PROLINTAS dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna lebuh rayanya.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi talian bebas tol GCE 1-300-88-0035. Bagi mendapatkan info trafik terkini GCE, sila ikuti laman Twitter @GCEtrafik.

Bagi mengetahui maklumat lengkap berkaitan GCE pula, sila layari laman web www.prolintas.com.my atau Facebook Page di PROLINTAS Highways. 

Google ads
Back to top button