Motosikal

YAMAHA LANCAR NMAX FACELIFT 2020. ENJIN 155CC VVA, SISTEM START/STOP. TIADA ABS, Y-CONNECT. BERMULA RM8,998

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini melancarkan model facelift skuter popular, NMAX ke pasaran tempatan menerusi penstriman langsung di laman Facebook rasminya.

Tampil dalam dua pilihan warna iaitu merah dan kelabu, NMAX hadir dengan beberapa penambahbaikan yang signifikan. Paling ketara pastinya lampu utama LED dengan enam mental bersama rekaan lebih nipis.

Penunggang dihidangkan dengan paparan LED lebih lebar dan mudah dibaca. Anda boleh mendapatkan maklumat tunggangan dengan hanya menekan butang yang ada pada sebelah kiri hendal.

Bahagian belakang NMAX kini semakin menarik dengan penggunaan lampu LED empa jalur dengan efek 3D. Aspek keselamatan ditingkatkan lagu dengan sepasang lampu hazard.

Sama seperti model sebelumnya, skuter itu digerakkan oleh enjin empat lejang SOHC dengan sistem penyejukan cecair Blue Core Yamaha.

Enjin pancitan bahan api VVA bersesaran 155cc itu menggabungkan Unit Kawalan Janaan Mula untuk memberikan operasi enjin yang senyap.

Dipadankan dengan kotak gear CVT, enjin tersebut mampu menjana kuasa sekitar 15.4PS dan tork 13.9Nm.

Penjimatan bahan api ditingkatkan lagi dengan ciri start/stop. Bagi menawarkan perjalanan jauh yang lancar, NMAX memiliki tangki berkapasiti 7.1 liter

Bagi memberi kemudahan kepada pengguna, satu soket elektrik 12V disediakan untuk tujuan mengecas peranti pintar pada bila-bila masa.

Keselesaan tunggangan diserlahkan lagi dengan pelana yang lembut dan papan pemijak kaki lebar.

Ruang penyimpanan barang berkapasiti 23.3 liter boleh menempatkan sebuah topi keledar muka penuh. Dua cangkuk topi keledar juga ada disediakan.

Apa yang agak mengecewakan ialah NMAX masih tidak dilengkapi dengan sistem brek ABS. Sistem ketersambungan Y-Connect juga tiada.

Jika berminat, jentera itu sudahpun berada di semua pengedar Yamaha. Ia ditawarkan pada harga RM8,998 seunit (tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran).

GALERI

Google ads
Back to top button