Buletin

JUARA F1 HAMILTON POSITIF COVID-19. TERLEPAS PERLUMBAAN MINGGU INI

Juara Formula One, Lewis Hamilton disahkan positif Covid-19 dan tidak akan menyertai kejohanan Grand Prix yang akan berlangsung di Bahrain pada hujung minggu ini.

Pasukan Mercedes menerusi kenyataannya di Twitter memaklumkan, Hamilton diarah menjalani proses kuarantin.

Dalam kenyataan tersebut, pelumba pasukan Mercedes itu mengalami gejala ringan sebelum disahkan positif Covid-19 berikutan mempunyai kontak rapat dengan individu positif sebelum tiba di Bahrain.

Menurut pasukan itu lagi, Hamilton masih dalam keadaan kesihatan yang baik dan perlu sembuh sepenuhnya daripada wabak itu sebelum dibenarkan beraksi semula.

Sebelum ini, dia turut menjalani tiga ujian saringan Covid-19 namun disahkan negatif tetapi mengalami gejala ringan pada pagi Isnin.

Hamilton merupakan pelumba ketiga didapati positif Covid-19 sepanjang musim ini. – agensi

Google ads
Back to top button