Buletin

PROLINTAS TUTUP SEMENTARA R&R ELMINA GCE ARAH UTARA

PROLINTAS Expressway Sdn. Bhd. (PESB), pemegang konsesi bagi Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) mengumumkan bahawa ia akan menutup sepenuhnya Kawasan Rehat dan Rawat Elmina (arah utara) selama empat bulan bermula 7 Oktober 2020 dan dijadual dibuka semula pada pertengahan Februari 2021. 

Justeru, semua gerai dan kemudahan seperti tandas dan surau tidak beroperasi sepanjang tempoh berkenaan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan.

Kerja-kerja penambahbaikan itu merupakan komitmen berterusan Kumpulan PROLINTAS dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna lebuh rayanya.

Bagi memastikan keselesaan pengguna tidak terkesan, GCE akan menyediakan kemudahan sementara di kawasan Hentian Sebelah Lagong, lebih kurang 10 km dari Kawasan Rehat dan Rawat Elmina (utara).

Antara kemudahan yang disediakan termasuklah  tandas, surau, gerai makanan (food truck) serta tempat parkir/rehat.

Sebanyak enam buah tandas bergerak turut disediakan sebagai tambahan kepada tandas sedia ada di hentian tersebut.

Selain itu, bagi memastikan keselamatan pengguna ketika berada di sana, PROLINTAS akan menugaskan pengawal keselamatan 24 jam sehari dan memasang lampu limpah bagi memastikan kawasan sentiasa terang dan selamat.

sebarang pertanyaan, hubungi talian bebas tol GCE 1-300-88-0035. Bagi mendapatkan info trafik terkini GCE, sila ikuti laman Twitter @GCEtrafik. Manakala untuk mengetahui maklumat lengkap berkaitan GCE, sila layari laman web: www.prolintas.com.my atau Facebook Page di PROLINTAS Highways.

Google ads
Back to top button