Buletin

SELEPAS THE ROCK, JOHN CENA PULA SERTAI FRANCAIS FAST & FURIOUS

Atlet gusti profesional yang juga seorang pelakon terkenal, Dwayne Johnson atau The Rock sah tidak akan membintangi filem Fast & Furious 9.

Tempatnya akan diambil alih oleh seorang lagi superstar gusti iaitu John Cena. Berita itu diumumkan oleh salah seorang pelakon utama filem francais terkenal tersebut, Vin Diesel.

Diesel memberitahu para peminat tentang kehadiran Cena dalam satu video pendek di akaun Instagram miliknya. Watak Cena sama ada baik atau jahat bagaimanapun masih belum diketahui.   

“Sebagaimana yang anda tahu, saya selalu berfikir pantas. Fikir tentang tanggungjawab menjadikan sesuatu yang ikonik dan layak menerima kesetiaan anda.

“Saya tahu bahawa ini mungkin kedengaran gila, tetapi sekali sekali saya rasa Pablo (Paul Walker) di atas sana menghantar saya seseorang. Seorang wira untuk mencari kebenaran.

“Hari iini, seorang lelaki datang ke Toretto Gym dan menunjukkan apa yang mungkin dibawa oleh Pablo,” kata Diesel.  

Walaupun kerjaya lakonan Cena tidaklah panjang atau sehebat The Rock, dia dilihat fokus ke dalam bidang baru itu. Pada tahun 2018, Cena memegang watak Agent Jack Burns dalam filem Bumblebee dan meminjamkan suara untuk watak Yoshi bagi filem The Voyage of Doctor Dolittle.

Fast & Furious 9 dijangka diarahkan oleh Justin Lin, individu yang bertanggungjawab mengarahkan filem ketiga, keempat, kelima dan keenam francais filem berkenaan.

Pada awalnya filem itu dijadual ditayangkan pada April 2019. Tetapi ia telah ditunda ke tahun hadapan untuk memberi laluan kepada filem Hobbs and Shaw lakonan The Rock dan Jason Statham.

Google ads
Back to top button