Artikel PilihanBuletin

TAXI 5 KEMBALI, GENERASI FAST & FURIOUS MUNGKIN TAK PERNAH DENGAR FILEM INI

Lama sebelum filem Fast & Furious anak muda ke panggung wayang, ada sebuah filem aksi kereta + komedi yang agak bagus. Bukan dilahirkan di Hollywood, sebaliknya ia produksi filem Prancis yang sangat lain dari yang lain.

Ia kini kembali dengan sekuen ke lima. Taxi 5 akan ditayangkan di pawagam tahun ini dan ia masih berkisar tentang plot aksi-komedi kisah pemandu teksi dan juga tugas seorang detektif membanteras penjenayah.

BACA: INILAH 5 FILEM TERBAIK PILIHAN KAMI

Jika anda tidak pernah dengar tentang filem ini OK lah kami ceritakan serba sedikit latarbelakangnya. Filem ini dihasilkan pertama kali pada 1998. Taxi 1 hingga Taxi 3 menggunakan kereta model Peugeot 406 sebagai taxi dan watak utama. 

Sebagai sebuah filem aksi-lucu, Peugeot ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan canggih hingga mampu bertukar dari sebuah teksi biasa kepada kereta sport dengan spoiler, tayar dan rim sukan dan juga sayap yang membolehkannya terbang.

Tapi masa filem ni tukar Peugeot jadi kereta salji tu terus Abang Japar berhenti tengok.

Filem ini juga pernah diilhamkan pada 2004 menerusi American Taxi yang dilakonkan oleh Queen Latifah bersama teksi Ford Crown Victoria. Boleh tahan jugalah.

Taxi 5 kali ini dibintangi oleh Peugeot 407 yang masih sebuah teksi. Ia memaparkan kisah detektif Perancis yang cuba membongkar kegiatan jenayah yang didalangi pemilik Ferrari 458. Kira macam Perancis lawan Itali lah ni. Banyak juga Lamborghini dan Ferrari ditewaskan oleh Peugeot ni.

BIasalah. FIlem kan?

Kalau Abang Japar buat filem pun, Proton Tiara, Juara dengan Kembara jadi hero kalahkan CIvic Type R FK8.

Google ads
Back to top button