Buletin

SG KOYAN. PILIHAN RIDE DENGAN ALAM SEMULAJADI…

Route Sg Koyan terkenal dalam Dunia jentera dua roda. Baik kapcai hinggalah pelbagai kategori Bigbike. Mana-mana rider Tanahair yang masih belum lalu route ni rugilah.😋 

Ni foto lama saya dengan MT09. Dengan GsxR1000 pun Dah on di route ni. Cuma dengan S1000rr saya belom lagi. Hmm.. Inshaallah on the way. Beberapa kali saya Up dengan Team Bikers & beberapa kali jugak Up Lone RangeR.😎

KALAU Bikers dari Pantai Barat khususnya Lembah Klang & dari selatan. Biasanya. Group bikers akan plan route ni dari Karak Or simpang Pulai.

Kemudian bikers akan design route ikut taste mereka. Ada yang Up melalui route Karak bentong Raub Sg Koyan Cameron & Patah semula jalan sama untuk perjalanan Balik.

Ada yang teruskan perjalanan Downhill Simpang Pulai dan masuk Plus Highway.

Ada yang Up dari Simpang pulai ke Cameron layan Sg Koyan dan Patah Semula. Ada yang teruskan perjalanan downhill Sg Koyan Ke raub Karak.

Saya pula. Lebih suka route Karak Hingga ke Simpang Pulai.

Biasanya akan start dari BHP Gombak Jam 7.30pagi. Sarapan Di Lemang Toki bentong. Tapi kalau Full House huru hara Lemang Toki..

Saya akan sarapan di Bandar Raub. Tenang 😁. Kemudian Take rest di Pekan Sg Koyan sebelum Uphill ke Cameron. Bila sampai Ja atas bukit Bukau Route Koyan ni.

Pasti ramailah Group & rider rest relax & paling penting Posing foto.😊. Saya akan lunch atas Cameron. Relax. Kemudian downhill simpang Pulai. Masuk semula highway plus Perjalanan pulang Ke KL. Total jarak perjalanan 600km.

Rindu. Nak Up dengan S1000RR ni. ON…

DIARY SBK ERWIN AFANDI

Tags
Google ads
Back to top button