Buletin

10 TIPS PENTING SEBELUM RIDE KE KUALA KLAWANG

Kuala Klawang merupakan salah satu lokasi menarik bagi yang suka cabaran laluan berselekoh. Sejak tradisinya lokasi ini menjadi tumpuan mat motor saban minggu mengasah bakat dan tak kurang juga memburukkan nama mat motor akibat aksi keterlaluan yang membahayakan pengguna jalanraya yang lain.

Menjadi penunggang yang cekap dan hebat tidak semestinya mengambi selekoh pada kelajuan 240km/j. APa yang penting, sudut masuk, kelajuan, teknik membrek, gear yang betul dan kelajuan yang betul. Bukan semua korner kau nak balun sampai terbabas masuk laluan bertentangan.

Yang penting, hormat pengguna jalanraya yang lain dan tahu kemampuan diri sendiri.

Ini adalah pesanan Otai Erwin Afandi. Berguna buat yang baru nak kenal laluan ni.

………………………………………

Sebelum saya bagi beberapa tips ride di klawang. Saya nak roger dulu. Saya bukannya otai. Bukan sifu. Bukan king. Bukannya bagus sangat. Takda niat nak ajar rider. Saya hanya rider Cap Ayam🤣. Cumanya.

Saya berpengalaman lebih daripada 120 kali lebih ride di klawang ni semenjak saya dengan MT09, GsxR1000 hingga sekarang S1000RR. Saya slow jer. Tapi dengan pengalaman riding dekat klawang ni bersama dengan ramainya Otai sifu king senior-senior. Jadinya saya boleh bagi beberapa tips yang sifu klawang pesan kat saya dan dari pengalaman saya sendiri untuk sahabat rider ride dengan safe di klawang dan menikmati kepuasannya.

Tips.

Pertama sekali. Bukan lokasi untuk racing potong memotong atau sewaktu dengannya. Walaupun ia bukan jalan utama dan kenderaan sangat sangat kurang lalu disini hingga seolah rasa seakan jalan untuk rider tapi klawang ni masih lagi “jalanraya biasa kegunaan awam”. Maka ia bukan lokasi untuk racing atau sewaktu dengannya. Malahan. Gelaran “kkic” yang diberi tak sesuai. Bila sebut Kuala Klawang international Circuit. Maka orang awam akan beranggapan yang rider datang sini seolah main di track. Saya sendiri masa mula kenal klawang dulu suka dengan nama kkic. Sekarang saya dah buang gelaran tu. Mungkin hanya guna sesama rider untuk singkatan bila ajak. Mungkin. Tak guna langsung pun takpa.

Kedua. Dari stage 1 nak enter stage 2. Rider akan lalu jalan yang panjang dan kurang kona. Jalan ni lalu sebelah damp dan rumah orang asli. So, masa lalu di lokasi sini. Slowlah. Just average 60 ke 80km sejam cukup. Saya diajar oleh sifu otai saya macam tu kalau lalu lokasi sini. Kita datang sini nak layan kona utama di Stage Satu dua dan tiga. Ada beratus kona. Jangan risau.

Ketiga. Di klawang. Biasanya rider klawang akan buat dua hala. Pergi dan balik. Enter dari Batu 14 Hulu Langat dan keluar lokasi sama. Di tengah-tengah akan Pit Stop Rest di Warong HjH aminah atau Gerai titi. Rider akan tempuh lebih 400 kona padu kaw kaw. Jadinya. Mana-mana kona yang kita tak mampu. Jangan layan. Mana mana kona yang heavy jangan layan. Mana mana kona yang kita hilang fokus jangan layan. Jangan risau. Ada 400 lebih kona. Sekadar lepaskan berbelas or berpuluh kona tertentu. Masih puas lagi.

Keempat. Di klawang. Banyak Group. Macam-macam. Semua nak layan nature dan bestnya kona klawang disamping lokasi terbaik untuk tingkatkan skill riding yang selamat. Sampaikan abam abam Polis trafik baru lesen L gunakan klawang salah satu lokasi training Kuda Putih. Sebab banyak kali saya ter ride dengan Hampir 30 ke 40 biji kuda putih under training kat sini. Jadinya. Kita ride bukan untuk race potong memotong. Disini. Kita kalau ride dengan team. Ikut line. Ikut belakang. Macam dragon tail. Ikut Pace member paling depan. Kalau nak potong. Just potong macam biasa kita perlu potong sebab kita lebih laju pace. Bagi hins isyarat kemudian member akan follow kita pula.

Kelima. Tunggu member di Cek point cek point. Kat sini juga ada rider ikut pace masing masing. Maka kalau ada member slow sangat. Terpisah. Tunggu di cek point. Bila semua berkumpul kembali. Ride semula.

Keenam. Pastikan berada dalam lane kita. Sebolehnya elakkan makan jalan untuk masuk kona selagi boleh. Walaupun saya faham ada kona yang kita dah tahu tiada langsung kenderaan incoming. Kecuali nak potong.

Ketujuh. Hormat Pengguna jalanraya yang lain. Walaupun sangat sangat kurang kenderaan lain. Sekali sekala akan terjumpa kenderaan. Hormat.

Kelapan. Buat rider kategori kapcai. Ni paling ramai yang saya jumpa ride dalam keadaan bahaya. Tak semua. Tapi hampir ramai dari kategori kapcai. Samaada ride bahaya dalam keadaan moto teknikalnya sifatnya tak cukup untuk kona dan cara riding melulu bahaya. Saya bukan racist. Jangan risau. Saya pun ada kapcai. Saya faham.

Kesembilan. Kalau anda rider baru nak kenal klawang. Sebolehnya. Ride dulu dengan Sahabat Sahabat yang dah klawang lama. Walaupun ada yang first time enter lone ranger. Sekali dua kali enter ok. Tapi ada banyak lagi pengalaman yang belum anda tempuh di klawang yang anda akan lalu. Permulaan. Ride dengan sahabat yang dah lama klawang. Lebih safe. Ride dalam Group. Bila dah ok lama. Independece.

Kesepuluh. Bagi 1000cc. Bagi rider baru nak kenal klawang bawa 1000cc. Boleh guna gear 4 sahaja sepanjang stage 1 ke stage 3. 1000cc cukup power. Mudahkan tak perlu fikir up & down gear. Fokus dulu selok belok klawang. Bila dah ok. Bolehlah. Biasanya gear 3 & 4 sahaja.

Kesebelas. Rider baru nak kenal klawang. Enter klawang dahulu sampai 5 kali ke dengan mode habis santai. Kenali dulu nature route klawang. Kira dalam situasi pantang la. Lepas pantang baru ikut pace yang dikehendaki.😘

Klawang. Lokasi paling safe bagi sebahagian rider klawang yang dah suka padanya. Bagi sebahagian lain merasakan lokasi ni kurang safe. Maka bab safe ni subjektif. Dimana mana ada Pro & Kon. Karak. Bukit tinggi, koyan, Fraser, ulu yam, KKB, semua lokasi ni ada penggemarnya masing masing. Maka kita hormat semuanya.

Apa apa pun. Trackday terbaik untuk full kapasiti riding. Tapi setahun berapa kali jer dan kosnya perlu dikira. Maka rider rider safe ride di Jalan biasa. Pandai pandai la. Hormat kenderaan lain. Di klawang. Mentaliti kita riding biasa relax. Tetap puas. Tanpa highspeed. Sambil nikmati nature & ukhwah sillaturrahim.

Assalamualaikum.😊

KREDIT: ERWIN AFANDI

Google ads
Back to top button