Buletin

MOTOGP CATALUNYA: MAAFKAN SAYA… – LORENZO

Permulaan yang baik, Jorge Lorenzo yang sebelum ini gagal menamatkan perlumbaan di bawah tangga ke 10 kelihatannya mendapat rentak yang bagus. Beliau nampak sangat pantas selepas perlumbaan bermula, berjaya merebut kelompok ke enam, maju ke depan dan cuba bersaing dengan kelompok pertama untuk merebut kedudukan ketiga di belakang Vinales.

Namun ketika baru dua pusingan, Lorenzo yang cuba masuk ke selekoh untuk mencuri posisi, hilang kawalan roda hadapan. Samada beliau masuk apex terlalu dalam atau terlalu laju, hanya beliau sahaja yang tahu. Ketika hilang kawalan dan tiada ruang untuk membetulkan keadaan, beliau terbabas.

Dan motosikalnya menjadi tropedo merempuh Vinales yang dalam keadaan selesa untuk menghambat Marc Marquez. Jentera RC213V beliau juga menghalang laluan Rossi di tempat keempat dan menyebabkan kelompok hadapan jatuh secara berjemaah termasuk Dovizioso.

Pada ketika ini, perlumbaan masih lagi terbuka untuk cabaran kelompok hadapan dan mendatangkan amarah kepada pelumba yang terlibat. Hanya Marx Marquez yang terlepas dari insiden ini dan seterusnya adalah sejarah.

“Saya bermula dengan baik, semuanya nampak bagus berbanding keseluruhan hujung minggu kami.

“Ketika di selekoh itu saya nampak Vinales menutup pendikitnya kerana ruang terhad antaranya dengan Marquez. Jadi saya nampak kesempatan itu dan cuba masuk jarak tersebut dan bersedia untuk memintasnya.

“Tapi saya mungkin percubaan memotong saya di saat yang salah dan di lokasi yang salah. Saya tahu ia selekoh yang sukar, macam selekoh pertama di Austin dan saya lihat banyak insiden begini, ia juga berlaku pada saya bersama Iannone pada 2016.

“Mungkin saya terlalu teruja dan rasa boleh lebih laju lagi. Saya tak buat brek menggila lebih kepada brek sejajar dengan laluan Vinales. Masalahnya terlalu banyak pelumba dalam kedudukan yang rapat

“Sudah tentu perkara terburuk yang berlaku ialah saya menyebabkan tiga lagi pelumba jatuh. Mereka bertarung untuk kejuaraan. Saya tidak. Kedudukan mata saya terlalu jauh.

“Saya bermula dengan baik, dan saya berharap hanya terjatuh sendiri kali ini. Tiada kata-kata maaf yang cukup buat masa ini. Anda boleh kata maaf, anda boleh minta ampun tetapi saya faham, tiada kata-kata maaf yang cukup untuk kesilapan ini.

“Namun apa yang saya ingin kata ialah, selekoh begini mendatangkan banyak masalah pada masa lalu dan menjadi masalah pada hari ini dan juga masa depan.

Vinales yang kecundang dalam tiga perlumbaan musim ini segera mendesak supaya Lorenzo dikenakan penalti. Bagaimanapun Rossi dan Marquez berpendapat, ia adalah insiden perlumbaan biasa.

“Pada pendapat saya, rekabentuk selekoh itu yang memungkinkan kemalangan berlaku dan kita telah melihatnya banyak kali. Mungkin hari ini saya tidak menumpukan tentangnya. Terutamanya pada lap pertama yang sepatutnya bersedia menghadapi setiap selekoh trek ini.

“Ia bukan percubaan memotong yang agresif, tapi masalahnya Dovizioso di hadapan saya – ia memang kesilapan saya.

“Saya faham reaksi Vinales, kerana sebelum ini ia berlaku pada saya dan dia. Saya faham sepenuhnya dan tak akan berkata apa-apa.

“Saya gembira bila Rossi memberi komen sama seperti yang saya rasa. Saya juga bercakap dengan Dovi dan beliau terima permintaan maaf saya. Tapi itulah, maaf sahaja tak cukup.

Lorenzo memberitahu beliau telah berjumpa kesemua pelumba yang terlibat dan memohon maaf secara peribadi.

“Pertama, saya ke Ducati. Saya nampak Gigi dan minta maaf kepadanya. Kemudian saya jumpa Dovi dan minta maaf.

“Kemudian saya ke paddock Yamaha. Saya cuba bercakap dengan Rossi dan Vinales, mereka tiada di sana dan saya bercakap dengan Maio, ketua mekanika Vinales dan beberapa orang lagi.

Google ads
Back to top button