
SKODA TELAH HASILKAN LEBIH 925,000 UNIT KENDERAAN SECARA GLOBAL 2024
Škoda Auto terus mencatatkan perkara yang baik untuk urusan operasinya bagi tahun 2024 apabila berjaya mengeluarkan sejumlah lebih 925,000 kenderaan di kemudahan pengeluaran global milik mereka, peningkatan tahun ke tahun sebanyak 4.2%.
Kilang utama di Mladá Boleslav menyumbang besar kepada kejayaan ini dengan mengeluarkan 575,000 (+3.4% berbanding tahun sebelumnya) kenderaan milik Škoda. Pada tahun 2024, pengeluaran sejumlah rekod model baharu dan diperbaharui bermula, termasuk siri model Scala, Kamiq, Kylaq, Octavia dan Kodiaq.
Skoda Auto juga terus mengukuhkan operasi antarabangsanya menerusi melalui pengeluaran kilang Pune di India diperluaskan untuk SUV kompak Kylaq, model ketiga Škoda yang dibuat di India dan untuk India. Kilang pemasangan di Vietnam juga telah bersedia untuk menghasilkan model Skoda Elroq yang merupakan model elektrik sepenuhnya. Begitu juga untuk pemasangan model Skoda Kodiaq melalui kilang di Kazakhstan.
Selain daripada itu, Skoda Auto juga sebenarnya telah menghasilkan lebih daripada 280,000 sistem bateri untuk kenderaan hibrid elektrik dan plug-in untuk seluruh Kumpulan Volkswagen dan juga lebih 1 juta transmisi dan hampir 500,000 enjin kesemuanya.

Ternyata keluaran kenderaan di Mladá Boleslav masih lagi meningkat walau pun model popular, Skoda Octavia tidak lagi dikeluarkan di situ dan telah dipindahkan ke kilang di Kvasiny. Satu perkara menarik tentang kilang pengeluaran di Mladá Boleslav ianya unik dalam Kumpulan Volkswagen dengan keupayaan menghasilkan kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman pada platform MQB dan kenderaan elektrik pada platform MEB secara serentak.
Fleksibiliti ini meningkatkan kecekapan pengeluaran dan membolehkan kilang bertindak balas dengan pantas terhadap perubahan dalam permintaan. Menjelang akhir tahun, persediaan telah selesai untuk pengeluaran siri Elroq serba baharu, dengan kapasiti pengeluaran harian sehingga 600 unit.
Kilang Kvasiny, bersempena meraikan 90 tahun operasi pada 2024, juga memberikan hasil yang kukuh, menghasilkan 248,000 kenderaan. Fasiliti ini memberi tumpuan terutamanya kepada generasi baharu model Kodiaq dan Karoq, dengan Octavia yang dikemas kini baru-baru ini yang telah ditambahkan ke portfolio pengeluarannya.
BACA : SKODA KYLAQ – SUV KOMPAK KHUSUS UNTUK PASARAN INDIA
BACA : SKODA AUTO MASIH LAGI KEKAL SEBAGAI PENAJA UTAMA UNTUK TOUR DE FRANCE UNTUK TAHUN KETIGA