Buletin

SKODA KYLAQ – SUV KOMPAK KHUSUS UNTUK PASARAN INDIA

Skoda Auto India telah melancarkan model serba baharu, Skoda Kylaq sebuah SUV kompak yang kelihatan moden bergaya. Ini merupakan model pertama Skoda untuk segmen tersebut yang mana ianya merupakan segmen yang cukup penting dan popular yang mana ianya menyumbang kepada 50% penjualan kenderaan untuk pasaran India.

Skoda Kylaq ini adalah merupakan model pertama di India yang menggunakan elemen bahasa reka bentuk baharu Skoda, Modern Solid. Ciri bahasa reka bentuk tersebut meliputi gril hitam berkilat berbilah 3D yang menggantikan rekaan gril radiator seperti kelaziman sebuah model Skoda.

Pada bawah bampar terdapat spoiler hadapan di bahagian bawah dengan kemasan aluminium untuk memberikan sedikit kesan kontra terhadap bampar. Rekaan lampu DRL LED dengan garisan nipis itu pula seiring dengan bahasa reka bentuk Modern Solid diposisikan di bahagian atas menggantikan tempat lampu utama.

Lampu utama pula telah dialihkan ke bahagian bawah lampu DRL dengan penggunaan LED yang direka bentuk kristal.

Penampilan luarannya ditegaskan dengan penggunaan body cladding nipis dan juga corak heksagon di sepanjang sisi untuk memberi tahu orang ramai bahawa ini adalah sebuah SUV bandar dengan ruang kelegaan bumi sedikit tinggi.

Bahagian kabinnya menampilkan sistem infohiburan bersaiz 10.1 inci di bahagian tengah dengan fungsi ketersambungan Apple Car Play dan juga Android Auto. Terdapat juga fungsi pengecasan tanpa wayar sebagai ciri moden untuk kemudahan penumpang.

Paparan Digital Cockpit bersaiz 8 inci akan membantu pemandu untuk memantau dengan jelas segala data tentang kenderaan termasuklah paparan kelajuan, tahap tekanan tayar serta fungsi kawalan pemanduan.

Walau pun bersaiz kompak, namun ruang bagasi mempunyai keluasan sehingga 446 liter dan mampu mencapai sehingga 1,265 liter sekiranya barisan kerusi belakang disimpan.

Ciri moden lain yang diperkenalkan termasuklah konfigurasi tempat duduk hadapan enam hala serta lengkap dengan fungsi pengudaraan. Ianya dilengkapi dengan Auto Climatronic untuk keselesaan pemandu dan penumpang yang India terkenal dengan suhu sejuk & panas yang boleh menjadi sedikit melampau.

Bumbung suria juga akan turut ditawarkan mengikut varian, sebagai memenuhi kehendak pasaran di India yang mahukan sesuatu yang lebih premium.

Trenkuasa daripada enjin 1.0 TSI yang dipadankan dengan kotak gear auto enam kelajuan yang mampu menghasilkan kuasa 85 kW dan 178 Nm dirasakan sudah memadai untuk Skoda Kylaq ini.

Skoda Auto India telah melakukan ujian yang ekstrem sehingga merentasi pelbagai bentuk muka bumi India sehingga jarak 800,000 km termasuklah melewati ketinggian 3,000 meter dari aras laut dengan suhu melampau diantara -10°C hingga +85°C.

Dan ianya sudah lulus semua itu. Rakyat India sudah boleh berkira – kira untuk membelinya dengan harga INR 789,000 (RM41,753).

BACA : SKODA KODIAQ RS GENERASI KEDUA LEBIH LAJU DAN LAWA

BACA : SKODA ELROQ – SUV EV PERTAMA DARI SKODA

Google ads

B K

"
"
Back to top button