Buletin

SUBARU FORESTER GT – DILANCARKAN AWAL SEMINGGU

Walaupun sepatutnya melancarkan Subaru Forester GT pada minggu hadapan di Taiwan, namun media Malaysia termasuk Mekanika diberi peluang untuk menyaksikan pelancaran varian ini di Subaru Motor Image Singapore pada 4 November 2019

Model Foreter 2.0 IS ini diberikan beberapa sentuhan rekaan baru bagi menampilkan rekabentuk yang lebih segar agar ia terus kekal relevan di pasaran Malaysia. Antara perubahan yang dibuat termasuklah pada bahagian luar dam juga dalam kabin penumpang.

Rekaan bampar depan dibuat agar ia lebih nampak rugged dengan bahagian perumah lampu dibuat dengan warna hitam serta disematkan dengan kemasan krom. Lampu kabus juga ditukar kepada lampu teknologi LED. Pelindung bampar depan telah digantikan dengan kemasan front lips berwarna perak yang lebih nipis merangkumi bahagian sisi dan hadapan

Kemasan perak ini juga menghiasi bahagian sisi iaitu pada pintu depan, belakang dan menganjur terus ke bahagian bampar belakang. Penutup plastik hitam masih lagi digunakan pada perumah tayar depan dan belakang. Rim rekaan baru bersaiz 18 inci dengan tayar bersaiz 225/55 turut dipasang bagi memberi imej baru pada Forester.

Pada bahagian belakang, sekali lagi rear lips yang berwarna perak ini menghiasi ruang bahagian belakang dan ditemani dengan rear spoiler berganda menghasilkan imej agresif pada Forester. Perubahan pada bahagian kabin pula melibatkan rekaan baru balutan kusyen yang menampilkan 2 tona warna iaitu hitam dan juga kelabu serta kemasan benang berwarna putih

Secara keseluruhan rekaan ini memberikan imej baru dan konfiden pada pemandu” ujar Mr Masahiko Jack Kobayashi. Beliau juga menegaskan yang imej sporti juga lebih digemari oleh pemandu di Asia. Tiada perubahan yang dilakukan pada unit enjin dan transmisin Forester.

Enjin 2.0 dengan susunan boxer ini kekal menghasilkan 154 kuasa kuda dan pada masa yang sama hanya menggunakan 7.4 liter petrol bagi setiap 100km. Halaju crossover ini ditetapkan pada 193km/j. Dari aspek keselamatan ia tampil dengan teknologi Subaru Eyesight Driver Assist Technology dan juga Symmetrical All Wheel Drive

Google ads
Back to top button