Buletin

SUBARU ASIA DAN MICHAEL BOLTON LANCARKAN ASIAN DREAM

Subaru Asia kini telah bergandingan dengan superstar lagenda, Michael Bolton untuk pelancaran musim pertama Asian Dream, sebuah pertandingan nyanyian realiti. Kira macam American Idol juga tapi peserta yang terpilih kebanyakannya memang memiliki suara yang best tau.

Pertandingan ini menampilkan enam orang peserta dari seluruh Asia yang akan merebut tempat untuk beraksi bersam Michael Bolton dan siri jelajah Asian Tour dan peluang untuk menjadi duta Subaru atau lebih dikenali dengan gelaran Subaru Ambassador.

Rancangan ini akan bersiaran bermula hari Khamis ini, 6 Ogos pada jam 7.25 petang (6.25pm JKT/BKK) dan Malaysia akan diwakili oleh Poova Sri Rama seorang penyanyi dan penulis lirik yang pernah memenangi anugerah Artis Baru Terbaik dalam abugerah AIM 2014. Beliau kini banyak membuat persembahan di Hong Kong, Taiwan, Macau dan Thailand.

Okey siapa Michael Bolton ni? Generasi TikTok dan Kpop mungkin kurang mengenali beliau tetapi Bolton merupakan seorang penyanyi dan penulis lirik hebat yang pernah memenangi banyak anugerah Grammy, seorang aktivitis sosial dan telah menjual lebih 65 juta album di seluruh dunia.

Beliau juga pernah berkolaborasi dengan banyak nama besar seperti Bob Dylan, Paul Stanley, Ladu Gaga, Diane Warren dan David Foster. Lagu-lagu ciptaan beliau pula pernah dinyanyikan oleh KISS, Kanye West, Jay Z, Barbra Streisand, Cher dan Marc Anthony. Konsert jelajah beliau setiap tahun pula menyaksikan beliau bergandingan dengan Luciano Pavarotti, Placido Domingo, Jose Carreras, Renee Fleming dan BB King.

Okey, kalau ada kelapangan dan nak rilek-rilek selepas balik kerja tu jangan lupa saksikan Asian Dream dan dibawakan oleh Subaru Asia Khamis ni.

Google ads
Back to top button