Buletin

AKSI KHABIB DI PINTU MASUK GRANDSTAND SIC – PUNCA KEJADIAN MASIH MISTERI

Sejak semalam, tular satu klip video yang menyaksikan seorang lelaki bertindak ganas cuba menendang seorang pemeriksa tiket.

Insiden itu dilapor berlaku di pintu masuk SIC Grandstand pada acara Malaysia MotoGP 2019 hujung minggu lalu.

Tiada sebarang pengesahan rasmi mengenai apakah punca aksi tumbuk dan terajang itu. Namun, lelaki tersebut dikatakan cuba masuk dengan menggunakan ‘tiket palsu’.

Mula dikongsi oleh akaun Instagram milik Sukan Star TV, video berdurasi 23 saat itu menerima lebih 2,184 likes.

Video itu pada awalnya jelas menunjukkan seorang lelaki cuba untuk membuat flying kick ke atas penjaga tiket tetapi gagal dan terjatuh. Ketika masih terbaring, dia disepak dan diterajang beberapa kali oleh pemeriksa tiket berkenaan.

Seorang lelaki berbaju kuning turut serta menghentakkan kakinya ke atas lelaki berkenaan. Ketika hendak bangun, dia sekali lagi ditumbuk oleh seorang pemeriksa tiket yang lain.

Seorang lelaki berbaju hitam dilihat cuba untuk meleraikan keadaan. Ingatkan drama sudah berakhir, dia melepaskan tumbukan ke arah pemeriksa tiket tadi sebaik sahaja berdiri.

Tindakan itu kemudian dibalas dengan satu tumbukan di belakang kepala. Dia yang mula berjalan ke arah orang ramai ‘dihadiahkan’ sekali lagi dengan tendangan daripada rakan pemeriksa tiket berkenaan.

Insiden itu dikatakan sedang disiasat dan masih belum ada kenyataan oleh mana-mana pihak dibuat setakat ini.

Tags
Google ads
Back to top button