Artikel Pilihan

TEMPAH NO PENDAFTARAN KENDERAAN GUNA MYSIKAP. TAK PAYAH BIDA.

2 minggu lepas kami telah mendedahkan teknik pembelian nombor pendaftaran kenderaan tanpa anda perlu mengupah runner dalam artikel INI. Kaedah ini melibatkan anda perlu membida nombor pendaftaran idaman anda sehingga berjaya dalam masa 4 hari. Keadaan ini menyebabkan harga nombor berkenaan menjadi semakin mahal

Kalau anda bajet ciput-ciput seperti penulis, maka terlepas la anda peluang untuk memiliki nombor pendaftaran tersebut. Tapi sebenarnya selain daripada kaedah bidaan seperti yang di atas, anda sebenarnya boleh membeli nombor pendaftaran dengan menggunakan laman rasmi JPJ melalui pautan INI.

Berikut ialah langkah demi langkah yang perlu dibuat bagi proses pembelian:

1. Klik pada butang PUBLIC online transaction. Sebaik sahaja paparan di atas dibuka, klik pada (Log Masuk Kali Pertama MyKAD). Di sini anda perlu mendaftar dulu sebagai pengguna sistem MySIKAP sebelum boleh meneruskan transaksi pembelian nombor.

2. Sama seperti laman sesawang JPJebid, proses pendaftaran memerlukan anda memasukkan maklumat seperti no kad pengenalan, nombor telefon dan juga email untuk tujuan pengesahan

3. Satu email pengesahan akan dihantar dan anda hanya perlu klik pada pautan yang diberikan oleh sistem MySIKAP. Perkara pertama yang anda perlu buat ialah menghasilkan password atau kata laluan yang baru

4. Setelah anda berjaya masuk, anda akan membuka paparan utama sistem MySIKAP. Klik pada kolum “kenderaan“. Di sini anda akan dapat lihat satu paparan, “tempahan no pendaftaran”

5. Ok, sampai di paparan ini anda boleh pilih nombor pemdaftaran kereta berdasarkan negeri yang anda minat. Biasa nombor awalan (nombor mengikut negeri) akan memaparkan nombor terkini. Anda boleh cuba mencari terus no yang anda minat

6. Sebagai contoh nombor RAH9191, kalau ada anda boleh terus tanpa perlu membida.

7. Kaedah carian kedua pula ialah dengan mencari dalam julat 50 nombor yang masih ada seperti gambar di atas

8. Dalam contoh di atas , julat nombor yang dicari oleh penulis ialah antara 8850-8890 bagi siri MDJ (Melaka). Hasil paparan adalah seperti di atas.

9. Contohnya anda suka dengan nombor MDJ8852, jadi anda boleh teruskan dengan proses bayaran menggunakan kad kredit atau perbankan internet FPX. Caj yang dikenakan ialah RM 300 bagi tempahan nombor dan RM 10 bagi bayaran perkhidamatan

10. Sebaik sahaja bayaran atas talian selesai, sistem akan menghantar satu salinan resit yang mengandungi maklumat nombor pendaftaran yang anda berjaya beli. Sebagai contoh penulis berjaya dapatkan no siri 8882 untuk dipasang pada GR Yaris nanti.

Ini ialah sepuluh langkah yang anda boleh buat jika anda berminat untuk membeli no pendaftaran kereta baru anda dengan menggunakan sistem MySIKAP. Tapi jika anda perasan, tak semua nombor ada kerana pada pandangan penulis, nombor yang dipaparkan ini adalah nombor yang tidak berjaya dibida dalam sistem JPJebid.

Apa-apa pun selamat mencuba.

Google ads
Back to top button