
TIPS BELI NO PENDAFTARAN KERETA IDAMAN ANDA. MURAH, MUDAH & CEPAT
Anda berminat untuk beli no pendaftaran kereta tapi tak tahu bagaimana nak buat? Mungkin satu ketika dulu anda terpaksa bergantung pada Penaaihat Jualan kereta untuk mendapatkan nombor pendaftaran kereta kesukaan anda
Ada orang suka no 8, ada orang suka no 4 dan pelbagai nombor yang yang digabungkan untuk menjadi nombor kegemaran anda. Kami senaraikan panduan bagaimana anda boleh membida no pendaftaran kereta di atas talian
1. Anda boleh ke laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ iaitu jpjebid.jpj.gov.my. Sekiranya anda tiada akaun, anda boleh mencipta satu akaun khas untuk anda. Ingat jika anda menang no pemdaftaran, ia hanya boleh digunakan oleh anda atau ahli keluarga terdekat sahaja
2. Selesai membuat pendaftaran, sistem jpjebid akan menghantar satu email pengesahan pada email anda. Klik pautan yang diberikan bagi mengesahkan identiti anda. Tahniah, anda sudah boleh membida no pendaftaran kereta yang anda idamkan.

3. Setelah selesai log masuk dalam sistem, anda akan dibawa masuk ke bahagian paparan utama atau dashboard. Macam dalam contoh di atas, terdapat 2 siri nombor yang sedang dibida iaitu bagi kawasan Sarikei (QRP) dan juga Kuala Lumpur (VGK). Kalau anda berminat anda boleh bida no tersebut

4. Klik di cari nombor dan masukkan apa-apa nombor yang menjadi idaman anda. Sebagai contoh penulis masukkan nombor banyak ong, 8888.

5. Maklumat berkenaan no siri 8888 ditawarkan bagi kawasan Kuala Lumpur dan Sarikei dipaparkan seperti di atas. Harga permulaan ialah RM 3000 dan setiap kenaikan ialah RM 150. Bidaan ini akan ditutup pada 9 Februari jam 11.59 minit malam

6. Untuk contoh yang lebih murah, kami letakkan no QRP188 yang boleh dibida dengan harga RM300 dan setiap kenaikan bernilai RM15. Jika anda berminat anda boleh bida dengan klik butang bida.

7. Untuk memulakan bidaan, anda perlu membayar caj perkhidmatan sebanyak RM 10 melalui transaksi kad debit atau kredit samada American Express, Visa atau Mastercard. Ala, kad bank pun boleh. Ikut je arahan pembayaran, nanti no TAC akan dihantar ke telefon untuk mengesahkan pembayaran. Bayaran perkhidmatan ini dikira hangus ye tuan-tuan
8. Setelah itu, anda perlu membuat pembayaran kali ke dua yang bernilai RM 300 untuk membida no tersebut. Proses pembayaran juga adalah melalui transaksi perbankan atas talian. Jangan risau, kalau kalah bayaran RM 300 ini akan dikreditkan semula pada akaun anda. Tak rugi pun mencuba

9. Setiap kali anda buat bayaran, satu notifikasi akan masuk di bahagian peti masuk. Sama juga dengan bayaran bidaan RM 300 tadi, satu lagi notifikasi akan masuk menandakan jpjebid menerima pembayaran anda. Sekiranya bidaan anda diatasi oleh pembeli lain, anda akan dimaklumkan dan jika anda berminat anda mesti buat bayaran tambahan sebelum masa tamat.

10. Jika anda kalah, notifkasi akan masuk akan memaklumkan anda gagal. Bayaran RM 300 serta duit tambahan akan dipulangkan dalam masa 7 hari bekerja. Tapi jika anda berjaya, anda akan mendapat satu email beserta surat keputusan rasmi. Anda hanya perlu muaturun surat tersebut dan serahkan pada perunding jualan kereta anda untuk meneruskan proses pendaftaran kereta baru anda.