TOYOTA HIACE BAHARU AKAN DILANCARKAN TAK LAMA LAGI
Beberapa hari lepas, kami kongsikan foto-foto ini yang dipercayai sebagai Toyota Hiace baharu 2019 sedang dalam perjalanan untuk penghantaran di Jepun.
Media Jepun juga mendedahkan bahawa Hiace (yang berkemungkinan dengan kod H300) akan dilancarkan tak lama lagi. Namun tiada sebarang maklumat lanjut yang diperolehi.
Mula diperkenalkan pada 1967 dan sasaran pasarannya tidak pernah berubah. Kegunaan komersial dan enjin pilihan petrol atau diesel. Dan walaupun sudah masuk pengeluaran ke tahun 50, Hiace cuma diperkenalkan dalam lima generasi. Tidak dinafikan, generasi H200 (kelima) merupakan yang paling berjaya.
Kali terakhir Hiace diperbaharui ialah pada 2004. Kini, setelah 15 tahun di pasaran, kedengaran bahawa model ini akan digantikan sepenuhnya dengan platform serba baharu.
Menurut media Jepun, generasi baru Hiace mempunyai lebih banyak ruang dan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik. Bahagian belakang dan reka bentuk kokpit akan diperbaiki untuk menghasilkan lebih banyak ruang untuk barangan.
Generasi ke enam ini nampaknya datang dengan pembaharuan yang paling besar. Kedudukan enjinnya berubah dari posisi bawah kerusi hadapan ke bahagian cab hadapan. Ia masih dipacu roda belakang dan platform binaannya masih menggunakan kerangka ladder-frame.
Penting untuk tahu bahawa Hiace adalah asas kepada binaan van komersial. Ia direka untuk membawa kargo dan sejumlah penumpang yang ramai – jadi sangat penting untuk memastikan ianya sesuai dipandu di mana-mana sahaja. Dari jalanraya rata seperti Tokyo, ataupun atas tanah merah seperti Afrika. Hakikatnya, resepi inilah yang menjadikan van ini sangat berjaya di pasaran global.
Dikatakan juga bahawa Toyota akan mengekalkan penggunaan enjin
2.7-litre empat selinder petrol dan 1GD-FTV 2.8-litre disel untuk model ini.
- BACA: EDISI ULANGTAHUN KE-50 HIACE. MEWAH MACAM VELLFIRE!
- BACA: MODIFIKASI TOYOTA HIACE
- BACA: MODIFIKASI HIACE SIAM STYLE!
GALERI