Artikel PilihanMotosikal

YAMAHA Y15ZR EDISI MONSTER MOTOGP 2019?

Setiap tahun Yamaha tidak pernah melepaskan peluang untuk mengeluarkan produksi motosikal edisi khas MotoGP yang juga dikenali sebagai GP Edition.

Sejak dari zaman Yamaha LC135, HLYM memperbaharui model Y15ZR dan juga rangkaian skuter NVX.. Tapi sudah tentu yang paling popular masih lagi model Y15ZR.

Buat pertama kalinya juga untuk musim 2019, Monster Energy, syarikat pengeluar minuman tenaga telah menjadi penaja utama menggantikan syarikat telekomunikasi Movistar.

Jika sebelum ini menggunakan asas rangkaian warna biru, Monster Energy sebenarnya berkisar pada warna hitam dan garisan hijau.

Agak payah untuk membuat livery pada motosikal melainkan ia mempunyai permukaan yang besar seperti jentera MotoGP yamaha M1.

Julaksendiedesign. sebuah portal motosikal di Indonesia nampaknya sudah ada idea bagaiaman rupa sebuah Y15ZR dengan livery baru Monster Energy

Meskipun hanya sekadar lakaran komputer, ia nampak kemas dan kami yakin jika Yamaha mahu mengeluarkan edisi MotoGP mereka pada tahun ini, rekabentuknya pasti mirip dengan yang ini.

BACA: YAMAHA Y15ZR V2 DILANCAR MINGGU DEPAN?

BACA: YAMAHA EXCITER 150 V2 DILANCARKAN DI VIETNAM

BACA: YAMAHA Y15ZR PALING PELIK DI DUNIA

BACA: 5 PERUBAHAN DIMENSI EXCITER 2019

BACA: YAMAHA MX KING V2 TERJAH PASARAN INDONESIA

Google ads
Back to top button