Artikel Pilihan

TOYOTA SUDAH GILA, BAKAL LANCARKAN 16 KERETA ELEKTRIK

Toyota Motor Corporation telah mengumumkan satu rancangan jangka masa panjang bagi melonjakkan nama Toyota sebagai pengeluar kereta elektrik terbesar di dunia melalui pengenalan 16 buah model elektrik sepenuhnya BEV. Toyota juga komited dengan sasaran jualan 3.5 juta unit BEV setahun menjelang tahun 2030

Dalam satu sidang media khas, Akio Toyoda turut mengumumkan bahawa Toyota bakal melabur sekitar 100 billion USD dalam usaha memenuhi komitmen kenderaan bebas karbon pada tahun 2030 termasuklah menghasilkan EV mampu milik untuk semua golongan

Daripada 16 buah kenderaan berkuasa elektrik tersebut ia merangkumi 5 buah Toyota “bZ” beyond Zero Carbon termsuklah satu unit bZ4x, sebuah SUV saiz sederhana, sebuah crossover kecil untuk pasaran Eropah/Jepun, sebuah sedan saiz sederhana, sebuah SUV besar dengan 3 baris tempat duduk, kenderaan komersial dan 4 unit model khas Lexus

Toyota turut menegaskan, suku daripada nilai pelaburan tersebut adalah khusu untuk pembangunan bateri berteknologi tinggi, berkualiti dan lebih murah. Pengenalan 16 model EV yang baru, pelaburan pada teknologi bateri dan proses naik taraf fasiliti pengeluaran Toyota untuk sistem EV membuktikan perubahan Toyota ke arah teknologi EV sepenuhnya

Namun pada masa yang sama Toyota masih memberi beberapa pilihan pada pengguna untuk memilih trenkuasa yang sesuai untuk gaya hidup mereka yang terdiri daripada teknologi hibrid, plug in hybrid, dan juga sel bahan api FCEV bagi semua pengguna di dunia.

Kenderaan berkuasa elektrik sepenuhnya mungkin sesuai digunakan untuk kawasan yang memiliki fasiliti pengecasan yang bagus, tapi bagi kawasan yang agak terpencil sistem trenkuasa hibrid masih lagi pilihan yang bagus dalam usaha mencapai sasaran sifar karbon

Google ads
Back to top button