Buletin

DAVID BECKHAM DAKWA MASERATI MC20 KERETA PALING SEMPURNA

Duta global jenama Maserati yang juga bekas pemain bola sepak terkenal David Beckham menyifatkan Maserati MC20 sebagai sebuah kereta yang paling sempurna di dunia.

Beliau yang turut sabar menanti kehadiran jentera itu di dalam garajnya baru-baru ini berkesempatan untuk menguji sendiri pemanduan dan pengendalian Maserati MC20.

Menurut David, Maserati MC20 yang didatangkan dengan enjin 3.0 liter V6 turbo berkembar berkuasa 621 hp itu merupakan salah satu kereta yang terbaik pernah dipandu.

Malah, kereta ini berjaya membuatkan beliau terkenang kembali memori betapa terujanya apabila memandu kereta buat pertama kali pada usia 16 atau 17 tahun.

Video penuh boleh ditonton pada pautan di bawah:

Google ads
Back to top button