Artikel Pilihan

VIDEO KERETA-KERETA YANG DITINGGALKAN DI FUKUSHIMA – KALAULAH BOLEH BAWA BALIK

Insiden kebocoran loji nuklear di Fukushima memang dahsyat. Ia berlaku akibat gempa bumi Tohoku dan tsunami yang melanda kawasan tersebut pada tahun 2011. Kini kawasan seluas 143 batu persegi diwartakan sebagai kawasan larangan dan tidak selamat untuk didiami. Namun ia tidak menghalang penjelajah-penjelajah moden dari berkunjung ke tempat ini untuk melihat sendiri kenderaan-kenderaan yang ditingalkan.

Video ini dirakam oleh Exploring the Unbeaten Path dan disiarkan di saluran Youtube mereka dan mampu membuatkan air liur peminat kereta keluar meleleh. Terdapat pelbagai model kereta yang ditinggalkan dari Mazda Carol 1960 sehinggalah Mitsubishi Lancer Evolution VII.

Penduduk dikeluarkan secepat mungkin semasa bencana menyebabkan banyak kereta yang ditinggalkan dengan tidak berkunci. Penduduk di sana pun tidak menyangka yang mereka tidak akan dibenarkan untuk kembali ke rumah mereka sehingga kini. Memang menyedihkan bila melihat kereta yang sebelumnya dalam keadaan baik seperti Nissan Silvia S15 dan Toyota Celica GT-Four kini kelihatan seperti diserang zombie Kampung Pisang.

Bukan hanya kereta di tepi jalan dan tempat pakir, terdapat juga kedai jualan yang ditinggalkan sepenuhnya. Ada yang memiliki kereta-kereta keluaran Amerika Syarikat seperti Lincoln Town Car dan Chevy Impala lowrider. Kini semua terbiar dan diselimuti debu.

Kenapa kereta-kereta ini ditinggalkan? Jawapannya ialah bahagian badan kereta-kereta ini telah tercemar dengan sisa radioaktif. Kereta rali Datsun Violet dalam video itu contohnya mempunyai bacaan radiasi 0.45 microsievert. Kereta-kereta yang dibenarkan untuk import mesti mempunyai bacaan radiasi 0.30 microsievert.

Tapi itu tidak menghalang pencuri dan penjarah dari mencuri. Ada yang mencuri komponen-komponen tertentu dan ada yang mencuri sebiji kereta terus. Hai, kat Jepun pun ramai pencuri ke?

Ada juga kereta yang disusun di sebuah padang dan menunggu masa untuk dihancurkan termasuklah sebuah Honda S2000, Toyota Mark II dan Toyota Land Cruiser 200-series. Semua kereta-kereta rare. Adui la…

Walaupun kereta-kereta ini tidak boleh dibandingkan dengan nyawa manusia tapi akan kekal sebagai peringatan sebuah tragedy yang dahsyat dalam lipatan sejarah manusia. Kereta-kereta ini nampaknya memang dijaga dengan baik sebelum ini oleh pemilik mereka dan kini menunggu masa untuk mereput.

Kalaulah dapat bawa balik Daihatsu Move Aerodown putih dalam gambar tu mau abang sengih siang malam dik.

Kredit Japanesenostalgiccar.com

Google ads
Back to top button