Buletin

VINFAST FADIL AKAN BERADA DI JALAN RAYA VIETNAM MULAI ISNIN – HARGA RM70,500

Vietnam menjadi negara terbaru yang menyertai industri automotif dengan jenama sendiri, Vinfast. 

Untuk makluman, VinFast merupakan divisyen auto konglomerat hartanah berpengaruh di Vietnam, Vingroup JSC. 

Jumaat lalu, VinFast  mengeluarkan kenderaan pertama daripada saluran produksinya. Sekali gus membuktikan asprasi kerajaan untuk membina sektor pengilangan automotif moden. 

Pelanggan akan menerima mereka kereta VinFast mereka bermula Isnin depan. Jenama itu berazam untuk bersaing dengan jenama yang jauh lebih established seperti Toyota, Honda dan Ford di pasaran Vietnam.

Sebelum ini, Xuan Kien Automobile yang dikenali sebagai Vinaxuki dilihat gagal menarik perhatian pengguna Vietnam yang sememangnya mementingkan jenama. 

Produk pertama VinFast ialah hatchback yang diberi nama Fadil dan ditawarkan pada harga bermula 394.5 juta dong (RM70,500). 

Pada tahun 2017, Vingroup dilapor merancang untuk melabur sebanyak AS$3.5 bilion (RM14.6 bilion) ke dalam perniagaan automotif. Syarikat itu juga dikatakan bakal menghasilkan model sedan, SUV dan motosikal elektrik. 

Sebaai sebuah jenama baru, VinFast memang berdepan cabaran yang hebat. “Kualiti produk menjadi keutamaan. Rakyat Vietnam lebih sukakan jenama luar untuk barangan bernilai tinggi. 

“Pelanggan akan mengambil masa bertahun-tahun untuk menerima jenama baru tempatan,” kata Penganalisis Kanan di ACB Securities JSC di Ho Chi Minh City, Truc Pham. 

Setahun lalu, Vinfast memberitahu pihaknya sudah menerima 10,000 tempahan Fadil dan puluhan ribu motosikal elektrik. Sebagai perbandingan, rakyat Vietnam membeli 119,497 unit kenderaan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini. Naik 18 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. 

Vinfast merancang untuk menghasilkan 250,000 unit kenderaan dalam fasa pertama operasinya. Ia menjangkakan produksi akan meningkat kepada 500,000 unit menjelang tahun 2025. Tahun lalu, syarikat menyatakan ia mungkin mula mengeksport kereta pada pertengahan 2020. 

Fadil tidak dibangunkan sepenuhnya di Vietnam. Sebaliknya, hatchback itu menggunakan chasis daripada model Opel Karl Rocks.

Model sedan dan SUV dibina pula di atas platform BMW AG dengan rekaannya disumbangkan oleh firma reka bentuk Pininfarina, manakala sejumlah komponen dihasilkan oleh firma Magna Steyr. 

Google ads
Back to top button