Motosikal

BULL***T! ORANG SEBAR BERITA SAYA KE WSBK PATUT DIPECAT – JOHANN ZARCO

Pelumba pasukan KTM MotoGP, Johann Zarco nyata berang dengan khabar angin bahawa dia akan ke perlumbaan World Superbike (WSBK) musim 2020 bersama pasukan Honda. 

Bekas juara Moto2 dua kali itu sememangnya sedang bergelut dengan prestasi apabila menyertai pasukan KTM selepas agak cemerlang dengan pasukan Tech3 Yamaha pada musim lalu. 

Ketegangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif KTM, Stefan Pierer menjadi antara punca timbul laporan bahawa Zarco mungkin tidak akan menamatkan kontrak selama dua tahun bersama KTM. 

Minggu lalu, satu laporan di laman web rasmi WSBK (kemudian dipadam) menyatakan Zarco akan ke WSBK. Zarco memberitahu dia masih hairan dengan khabar angin itu dan telah bercakap dengan Ketua Pegawai Eksekutif Dorna, Carmelo Ezpeleta.

Dia percaya siapa yang menulis laporan tersebut telah membuat kesilapan besar. 

“Sesiapa yang memberi maklumat ini, saya masih belum tahu siapa, sepatutnya dipecat tidak lama lagi kerana ia benar-benar merepek. Saya tidak tahu dari mana berita itu datang. Tetapi macam daripada laman web atau twitter rasmi WSBK. 

“Peliknya, laporan itu kemudian dipadam kerana ia memang tidak benar. Berita seperti ini boleh meletakkan saya dalam keadaan sukar dengan KTM.

“Ada yang menelefon saya bertanyakan perkara ini. Tetapi, bila kami jumpa siapa yang menyebarkan khabar angin ini, dia akan dipecat,” kata Zarco dalam nada marah. 

foto: Motogp.com

Google ads
Back to top button