Buletin

WAGON YANG LAGI SEJUK (COOL) BOLEH DIBELI DI SINGAPURA

Agak lama juga BK tidak perhatian model kereta terpakai di negara jiran Seberang Tambak sana. Jom kita usha model wagon yang masih menarik untuk dibeli, Itu pun untuk warga sana sahajalah. Kita pakat tengok sahajalah ya.

Volkswagen Passat Variant

Barangkali model Vokswagen Passat ini adalah merupakan sebuah model sedan segmen D yang paling underrated dalam pasaran. Apatah lagi model Volkswagen Passat Varian yang merupakan sebuah model wagon yang cukup bergaya. Wagon ini dijanakan oleh enjin 2.0 liter turbo yang dipadankan dengan kotak gear DSG tujuh kelajuan.

Output maksimum 217 HP dan 350 Nm, ianya merupakan sebuah wagon yang laju dan bergaya dengan dilengkapi bumbung panorama, bantuan parkir, kamera 360′ dan boleh dibeli dengan harga sekitar $35,000 (RM114,272) sahaja. Dah boleh dapat sebuah wagon yang bergaya dan laju.

Opel Astra Sports Tourer

Ok, kenderaan / wagon daripada jenama Opel ini memang tiada dijual ditempat kita. Model Opel Astra Sports Tourer ini dibina berdasarkan generasi kelima Opel Astra yang dikeluarkan bermula tahun 2015 sehinggalah ke tahun 2021 sebelum generasi baharu mengambil alih tempat dalam pasaran.

Opel Astra Sports Tourer ini dijanakan enjin 1.0 liter turbo yang digandingkan dengan transmisi auto lima kelajuan. Ianya boleh menghasilkan output maksimum 103 HP dan 170 Nm. Kira memadailah untuk fungsi sebagai wagon keluarga di kota Singapura itu kan. Harga terpakainya kini hanyalah $27,000 (RM88,153).

Toyota Corrola Fielder

Kalau anda rasa ini adalah sebuah model yang tidak kelihatan di tempat kita, di Singapura juga sebenarnya Toyota Corrola Fielder juga dianggap sebagai sebuah wagon yang rare. Dibina untuk keperluan ahli keluarga daripada model sedan Corolla, ianya dianggap sebuah model wagon keluarga yang tahan lasak.

Menggunakan enjin 1.5 liter VVTI dengan transmisi CVT ianya dianggap cukup memadai dan ekonomikal dengan output maksimum 107 HP dan 136 Nm.

Mercedes-Benz 300TD

Barangkali ini adalah sebuah model wagon yang paling dicari buat para pengumpul dan peminatnya, Mercedes-Benz 300TD. Di era kegemilangan model ini, ianya dianggap sebagai sebuah model wagon yang cukup eksklusif dan bergaya dengan ketahanannya.

Menggunakan enjin 3.0 liter diesel turbo serta padanan kotak gear automatik empat kelajuan menghasilkan output sehingga 120 HP. Keupayaan tempat duduk barisan ketiga dan kedua disimpan rata, menjanjikan ruang kargo yang cukup luas dan praktikal buat penggunanya di kala itu. Model keluaran tahun 1981 ini boleh dibeli dengan harga $73,000 (RM238,339). Keras oi harga dia!

Kredit Foto : SGCarMart

BACA : WAGON YANG SEJUK (COOL) BOLEH DIBELI DI SINGAPURA

BACA : SUV YANG SEJUK (COOL) YANG BOLEH DIBELI DI SINGAPURA

Google ads

B K

Back to top button