WAGON YANG SEJUK (COOL) BOLEH DIBELI DI SINGAPURA
Sebelum ini BK pernah bawakan senarai kereta yang sedap dan menarik dari negara Temasek. Nah, kali ini BK merasakan, wajar untuk berkongsikan senarai Wagon pula yang menarik di sana. Hairan juga, negara tak besar mana, tapi bersepah betul Wagon yang sedap mata memandang.
Honda Shuttle
Buat penggemar model JDM, barangkali ini antara model yang mampu mencuri perhatian. Model yang dibangunkan daripada Jazz/ Fitt ini sememangnya tidak dijual ditempat kita. Tidak syak lagi, Honda Shuttle ini sememangnya merupakan antara Wagon yang popular di sana, sementelah model awalnya, Honda Airwave turut menerima sambutan yang hangat juga.
Model yang dijanakan daripada enjin 1.5 liter VTEC sememangnya menjadi pilihan buat mereka yang berkeluarga kecil dan inginkan ruangan kargo yang besar sebagai pilihan. Senang nak pergi Pasar Geylang beli barangan basah. Malah, varian Hibrid turut ditawarkan kepada pengguna di sana membuktikan bahawa model ini sememangnya cukup diterima baik. Kini setelah beberapa tahun di pasaran, ianya sudah boleh dimiliki melalui pasaran kereta terpakai pada harga sekitar $55,000(RM16,8051).
Volkswagen Golf Variant
Anda merupakan peminat Volkswagen Golf kerana reka bentuknya yang cukup menawan, tapi dalam masa yang sama anda juga mahukan muatan yang lebih bagi membolehkan anda membeli – belah tanpa kerisauan mana nak sumbat barang. Jangan risau, beli sahaja Volkswagen Golf Variant ini.
Model Wagon / Estate ini menggunakan enjin 1.4 liter lengkap dengan pengecas turbo dan juga kotak gear DSG tujuh kelajuan. Wagon ini sememangnya cukup berkuasa apabila mampu menghamburkan 123 HP dan 200 Nm. Tapi percayalah, model ini sebegini bukanlah untuk dirembat sesuka hati. Walau pun masih dikira sebagai model yang agak baharu juga, namun pasaran terpakai di sana sudah boleh mula ditemui dan dijual dengan harga sekitar $110,000 (RM 336,102).
Hyundai i30
Jenama Hyundai ini juga sebenarnya antara jenama yang popular di sana. Maka tidak hairanlah Hyundai Singapore berani membawa masuk pelbagai model, termasuklah i30 Wagon ini beberapa tahun yang lalu. Model ini dilengkapi dengan enjin 1.4 liter turbo dengan kuasa maksimum 138 HP.
Dalam katalog Hyundai, barangkali model i30 ini merupakan model asas untuk Wagon, kerana mereka turut menawarkan versi Wagon juga unutk model i40. Cumanya dari segi saiz, model ini lebih mudah untuk dikendalikan di ruangan parkir bertingkat di kawasan flat perumahan berbanding model i40 yang mempunyai dimensi sedikit lebar dan besar.
Citroen DS5
Untuk golongan pertengahan umur yang mementingkan prestij, bolehlah memilih model Wagon Citroen DS5. Sejujurnya golongan belia seusia BK ini pasti tidak akan memilih Wagon yang kelihatan terlalu eksklusif sebegini dan lebih sesuai dipandu oleh pakcik menunggu KWSP sahaja.
Model Wagon Eropah ini bernadikan enjin turbo diesel 1.6 liter dengan kuasa sekitar 113 HP dan sudah semestinnya didatangkan dengan ciri – ciri mewah seperti tempat duduk dibalut kulit dan juga bumbung panaroma. Selepas beberapa tahun, kini Citroen DS5 ini sudah boleh dibeli dengan harga sekitar $50,000 (RM 152,773).
Kredit Foto : www.sgcarmart.com
BACA : KERETA YANG SEJUK (COOL) YANG BOLEH DIBELI DI SINGAPURA 2.0
BACA : KERETA YANG SEJUK (COOL) YANG BOLEH DIBELI DI SINGAPURA