
WARGA ASING CUBA MENYAMAR RAKYAT MALAYSIA, MERCEDES DISITA JPJ
Seorang lelaki warga Kemboja gagal menyamar sebagai rakyat Malaysia apabila ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, baru-baru ini.
Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook JPJ Kedah, sebuah sedan Mercedes-Benz telah diberhentikan dalam ‘Ops Luxury’ selepas dikesan dipandu dalam keadaan mencurigakan.
Ketika pemeriksaan dijalankan, pegawai penguat kuasa meminta pemandu mengemukakan kad pengenalan dan lesen memandu, namun lelaki berkenaan tidak dapat berbuat demikian.

Pemandu itu kemudian mengaku tidak memiliki lesen memandu yang sah dan dikenal pasti sebagai warga Kemboja.
Semakan lanjut turut mendapati kenderaan tersebut melakukan beberapa kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Antara kesalahan utama ialah cukai jalan (LKM) dan perlindungan insurans yang telah tamat tempoh sejak 2 April 2025.
Susulan itu, saman telah dikeluarkan dan kenderaan berkenaan dibawa ke Depoh Sitaan JPJ Negeri Kedah untuk siasatan lanjut.
JPJ Kedah menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pemilik kenderaan yang melanggar undang-undang, tanpa mengira jenis atau nilai kenderaan tersebut. – World of Buzz









