Advertorial

ROADSHOW OMODA & JAECOO MALAYSIA J5 MERIAHKAN SUNWAY PYRAMID FEBRUARI INI

Sedang mencari aktiviti menarik untuk hujung minggu Februari? OMODA & JAECOO Malaysia bakal membawa pengalaman automotif baharu menerusi Roadshow JAECOO J5 yang akan berlangsung di Sunway Pyramid Shopping Mall dari 19 hingga 22 Februari 2026.

Beroperasi setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam, roadshow ini adalah peluang terbaik untuk rakyat Malaysia melihat dengan lebih dekat SUV serba baharu J5, sebuah model yang direka dengan gabungan gaya premium, teknologi moden dan praktikaliti harian, sesuai untuk golongan profesional muda serta pencinta gaya hidup urban.

Rasai Sendiri Pengalaman Pandu Uji J5

Tarikan utama roadshow ini sudah tentu sesi pandu uji J5, di mana pengunjung boleh merasai sendiri tahap keselesaan, prestasi dan keyakinan pemanduan SUV ini.
Sama ada anda sedang mencari kereta baharu atau sekadar ingin tahu tentang SUV generasi baharu, roadshow ini menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan dan interaktif untuk semua.

Apa Yang Menjadikan J5 Istimewa?

Model bakal dilancarkan JAECOO J5 dibangunkan untuk memenuhi kehendak pemandu masa kini; bergaya, pintar dan bersedia untuk pengembaraan.

Antara kelebihan utama yang boleh dijangkakan:

  • Rekaan SUV premium yang menonjol
  • Teknologi pintar mesra pemandu
  • Ruang dalaman luas untuk gaya hidup aktif

Roadshow + Suasana Tahun Baharu Cina = Destinasi Februari Terbaik

Dengan kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina masih terasa, Sunway Pyramid sememangnya destinasi popular untuk membeli-belah, makan bersama keluarga dan bersantai.

Kini, anda ada satu lagi sebab untuk berkunjung dan jangan lepaskan peluang meneroka JAECOO J5 serta menempah slot pandu uji model berkenaan lebih awal sebelum pelancarannya.

Tawaran Eksklusif Early Bird J5 – Jangan Lepaskan Peluang!

Lebih menarik, OMODA & JAECOO Malaysia turut menawarkan Pakej Early Bird J5 khas untuk pelanggan terawal sehingga pelancaran rasmi.

Antara ganjaran istimewa termasuk:

  • Insurans percuma 1 tahun bernilai RM3,000
  • Aksesori J5 bernilai RM2,000
  • Rebat istimewa “Ang Pow” RM3,888 sehingga pelancaran rasmi

Selain itu, pelanggan juga bakal menerima JAECOO J5 Accessories Trio, iaitu:

  • Wireless Karaoke Microphone
  • Multi-functional Flashlight
  • Subwoofer

Roadshow OMODA & JAECOO Malaysia J5:
Lokasi: LG 2 Oasis Avenue, Sunway Pyramid Shopping Mall
Tarikh: 19 – 22 Februari 2026
Masa: 10 pagi – 10 malam
Aktiviti utama: Pandu Uji J5

Maklumat lanjut: https://www.omodajaecoo.com.my/test-drive

Google ads
Back to top button