PRINSIPAL TOYOTA GAZOO RACING TERBUKA SEKIRANYA SEBASTIAN OGIER MAHU TERUS BERLUMBA LAGI
Prinsipal pasukan Toyota Gazoo Racing, Jari-Matti Latvala mengakui beliau terbuka sekiranya pemandu lagenda Sebastian Ogier mahu berlumba lagi musim ini melebihi apa yang dirancangkan sebelum ini.
Sebastian Ogier yang merupakan juara WRC sebanyak lapan kali hanya berlumba separuh masa sahaja musim ini demi meluangkan lebih masa bersama keluarga. Sebastian Ogier sendiri yang memilih venue perlumbaan mengikut kesesuaian masa dan jadual beliau. Musim ini, Sebastian Ogier dijangka berlumba hanya untuk tujuh perlumbaan sahaja.
Namun setakat hari ini selepas tiga pusingan perlumbaan yang telah diadakan, Sebastian Ogier telah memenangi dua perlumbaan WRC, di Rallye Monte-Carlo dan juga Guanajuato Rally México sekali gus menjadi pendahulu WRC dengan kelebihan tiga mata di hadapan Thierry Neuville di tempat kedua.
Perlumbaan pusingan keempat Croatia Rally di jangka diadakan pada 20 – 23 April nanti, yang mana Sebastian Loeb juga bakal turun beraksi.
Dan Jari-Matti Latvala selaku Prinsipal pasukan tidak menolak kemungkinan Sebastian Ogier mungkin akan beraksi lebih daripada apa yang dirancangkan musim ini bagi mengejar kejuaraan WRC ke sembilan buat sang lagenda ini.
“Anda tidak akan tahu. Saya tidak akan mendesak dia kerana sekiranya terlalu mendesak, ianya akan menjadi lain. Ianya perlu datang sendiri daripada Seb dan dia perlu pasti tentang perkara itu”, ujar Jari-Matti Latvala.
Musim ini, jentera ketiga bagi kutipan mata untuk pasukan telah diisi oleh pemandu Jepun Takamoto Katsuka namun ketika kehadiran Sebastian Ogier beraksi, beliau akan memandu jentera keempat tanpa berpeluang mengutip mata untuk pasukan.
Akan tetapi menurut Jari-Matti Latvala, beliau boleh memanggil Sebastian Ogier bagi menggantikan Takamoto Katsuka pada perlumbaan tertentu sekiranya diperlukan.
Dengan situasi Takamoto Katsuka yang baru dinaikkan pangkat selaku utama, sudah tentu tekanan berada di bahu beliau untuk membantu mengutip mata pasukan. Ketika berlumba di Mexico, beliau terlibat dengan kemalangan dan gagal menamatkan perlumbaan. Mungkin disebabkan faktor tekanan yang tinggi.
Dan sekiranya ada lokasi perlumbaan yang mungkin memberikan tekanan kepada pemandu Jepun ini, sudah tentu Sebastian Ogier bersedia untuk menggalas tugas itu. Hasilnya, beliau menang buat sekian kalinya di Mexico.
BACA : WRC 2023 – SEBASTIAN OGIER MENANG BUAT KALI KESEMBILAN DI MONTE CARLO
BACA : WRC 2023 – SEBASTIAN OGIER MENANG BUAT KALI KE TUJUH DI MEXICO